About Me

My photo
Assalamualaikum Warahmatullah! Salam Sejahtera! Selamat Datang! Welcome to the blog “to love is to share”. You are set to connect with knowledge informations, articles, jokes, more and more blogs, etc, so for the meanwhile, do enjoy your visit. And if you have to go, don't forget to come back again. Lets we all, exclusively communicate, share, and discover interest for pleasure, funs and own benefits.. *** Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama, tetapi sekadar ingin berkongsi. Dan apa yang baik yang aku fikirkan, mungkin tidak pulak bagi pengunjungku. Oleh itu, aku mohon maaf dan aku tidak bertanggungjawab atas sebarang salah laku maupun sebarang kesulitan yang timbul akibat mengikuti apa yang aku kongsikan. Terima Kasih.. Sanggar Bayu I Say, What You Know Shapes Where You Go..

Monday, December 16

Realiti atau Fantasi?

Salaam guys, read on and enjoy.. thanks. Sekali imbas jika di baca cerita pendek (THIS IS THE END) di bawah, kita mungkin menggangap ianya sebagai satu cerita jenaka. Anda mungkin pernah menonton cerita siri TV ini, "Lone Ranger", yang pada satu ketika dulu berjaya menarik perhatian ramai. Tidak kira tua ataupun muda semuanya setia duduk di depan TV masing-masing sehingga cerita siri TV ini selesai. Agaknya semua tertumpu pada TV masing-masing, atas sebab ianya pada ketika itu adalah punca hiburan yang menjadi minat ramai. TV pun ketika itu baru saja mula memasuki pasaran. Pelbagai jenis TV ada di jual di kedai tokey-tokey cina. Ada berkotak-kotak besarnya dan ada juga yang "bertelanjang" sebagai tanda siapa yang hebat dan mampu memiliki TV. Kalau di imbas kembali, jika di lihat dari arus pembangunan teknologi elektronik, dari dulu hingga sekarang, mungkin ada yang ingin memiliki TV jenis lama tersebut sebagai barang "antik". Hebat! sungguh hebat penangan TV ketika itu. Jiran tetangga yang tidak mampu memiliki sekotak TV di rumah akan berkunjung ke rumah jiran mereka yang "mampu". TV "hitam putih" sekalipun tidak menghalang kunjung mengunjung dikalangan jiran tetangga. Silaturahim dikalangan masyarakat terus dipupuk dengan adanya TV ketika itu. Malam-malam mereka tidak pernah sunyi. Sentiasa meriah sama ada dengan gelak ketawa mereka yang bersama-sama berkongsi kegembiraan atau menanggis berkongsi kesedihan dari cerita "hitam putih" yang ditayangkan di TV. Mereka yang berkunjung tidak datang tangan kosong sahaja. Ada saja buah tangan yang di bawa sebagai hidangan semasa menonton bersama-sama. Itulah hakikatnya tabiat kerjasama yang telah dipupuk sekian lama dulu, tanpa prasangka tanpa prejudis. Kini zaman TV "hitam putih" telah lama berlalu, selari dengan arus pembangunan teknologi dan globalisasi dunia, namun kenangan yang menjadi sejarah dan pedoman tidak mudah dilupakan. Kita berpijak pada bumi yang tidak hanya rata, tetapi jua pada hakikat yang nyata. Arus pembangunan, dunia yang semakin bergerak maju, era globalisasi yang berkehendakkan tindakan serba serbi pantas telah banyak mengubah diri manusia itu sendiri. Yang positifnya tidak payah kita katakan, sudah tentu ramai yang berlumba-lumba mencari ilmu, mencari kekayaan masing-masing. Seringgit hari ini tentu nilainya lebih kecil dari nilai seringgit 50 tahun dahulu. Masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi kesenangan kepada keluarga masing-masing. Yang kuat akan terus kuat mengharungi dunia yang mencabar fitrah manusia manakala yang lemah akan terjebak jatuh. Dalam keadaan demikian, akan muncul manusia-manusia yang hipokrit. Iaitu: `Bersenang atas kesusahan orang lain. `Bergembira atas kesedihan orang lain. Contohnya, di pejabat, Apakah anda tidak pernah mengalami situasi ibarat "di tikam dari belakang" atau ibarat "melepaskan anjing yang tersepit"??? Mungkin banyak lagi conto yang boleh diceritakan, tetapi anda fikirlah sendiri dan baca cerita pendek di bawah serta cuba selami maksud yang tersirat disebalik unsur jenaka yang ada pada jalan cerita pendek ini. Realitinya kita bukan lagi di zaman "Lone Ranger dan Tonto" namun walaupun fantasinya "Lone Ranger dan Tonto" hanya sebuah cerita di TV, tetapi hakikatnya banyak kejadian yang boleh kita jadikan sebagai pedoman hidup agar kita tidak terjebak dalam kehancuran diri sendiri dan akhirnya akan mengakibatkan kekuatan negara turut musnah. Selamat membaca..... ------ THIS IS THE END As the Lone Ranger and Tonto were riding along towards the north, they spotted a war party of 50 Apaches coming at them. They turned south and spotted a war party of 100 braves coming at them. Then, they turned east and spotted a war party of 150 braves coming at them. Finally, they turned west and spotted a war party of 200 braves coming at them. The Lone Ranger turned to his friend and said, "Well, Tonto, this is the end, there's not much we can do." Tonto looked back at the Lone Ranger, and replied, "What you mean WE, white man?"

Sunday, December 15

Dasar Satu Peratus

Salaam guys, read on and enjoy.. thanks. Aku titipkan di sini hanya sebagai maklumat tambahan perihal dasar yang telah lama wujud, iaitu sejak 1988 dan diperbaharui pada 1 April 2008. Antara sedar atau tidak, peluang telah di buka tetapi scenarionya tidak begitu mudah. Dasar tetap jadi dasar, sekarang tinggal untuk melaksanakannya sahaja. Aku ingin melihat komuniti aku mendapat peluang atas dasar ini, bukan untuk bersimpati tetapi atas kelayakan serta kemahiran yang mereka miliki seimbang sama seperti komuniti yang lain, turut memberi sumbangan kepada pembangunan negara yang dicintai. Saban tahun, ada saja dikalangan komuniti aku yang berjaya mendapat segolong ijazah, yang diperolehi bukan atas dasar simpati tetapi turut mengerah mental dan fisikal seperti yang lain, bertungkus lumus siang dan malam sebagai persediaan mengharungi peperiksaan demi peperiksaan hingga ke akhirnya. Keupayaan yang tidak setara seperti yang lain, dilipatgandakan bagi hasrat ingin berjaya seperti yang lain dan mengimpikan satu pekerjaan yang akan menjamin masa depan mereka dan keluarga... Satu peluang.... just give us that one oppurtunity. ------ PELAKSANAAN DASAR SATU PERATUS PELUANG PEKERJAAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM KEPADA ORANG KURANG UPAYA TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan prosedur, peranan agensi dan pemantauan pelaksanaan dasar satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada Orang Kurang Upaya (OKU). LATAR BELAKANG 2. Dasar memperuntukkan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU telah dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 10 Tahun 1988 (PP 10/1988). Tujuan pelaksanaan dasar ini ialah untuk membantu OKU yang memiliki kelayakan dan/ atau kemahiran diberi peluang menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam. Walau bagaimanapun, selaras dengan usaha untuk mempertingkatkan pembangunan modal insan dan menjadikan rakyat Malaysia sebagai masyarakat penyayang, Kerajaan telah bersetuju supaya pekeliling perkhidmatan berkenaan diperkemaskan dan pengambilan OKU pada kadar sekurang-kurangnya satu peratus dalam perkhidmatan awam tercapai. DEFINISI 3. Bagi tujuan Pekeliling Perkhidmatan ini: “Orang Kurang Upaya (OKU)” berdasarkan Akta Orang Kurang Upaya 2007 termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat; “Ketua Jabatan” bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai sesuatu jabatan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan; “Pihak Berkuasa Melantik (PBM)” bermaksud pihak berkuasa melantik bagi sesebuah agensi yang diberi kuasa untuk melantik seseorang berkhidmat dengannya. Ini termasuklah Ketua Jabatan atau Ketua Perkhidmatan yang diwakilkan kuasa oleh PBM; “Penyesuaian Munasabah” bermaksud pengubahsuaian dan pelarasan yang perlu dan sesuai tanpa mengenakan bebanan tidak seimbang atau tidak wajar, jika diperlukan dalam hal tertentu, untuk memastikan OKU menikmati atau menjalani kehidupan yang berkualiti dan sejahtera atas asas kesetaraan dengan orang upaya. DASAR PENGAMBILAN 4. Dasar pengambilan satu peratus OKU menetapkan setiap agensi dan Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah membuat pengambilan OKU sekurang-kurangnya satu peratus daripada jumlah pegawai dalam agensi tersebut tertakluk kepada permohonan oleh OKU dan kesesuaian bidang tugas serta kemudahan. PROSEDUR PERMOHONAN JAWATAN 5. OKU boleh memohon terus untuk mengisi jawatan kepada PBM sama ada di peringkat Persekutuan, Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi tujuan permohonan tersebut, OKU perlu memenuhi syarat-syarat seperti yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa. 6. OKU juga boleh mengemukakan permohonan kepada PBM dengan mendapat khidmat nasihat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagi maksud ini, OKU hendaklah berdaftar dengan JKM. 7. Permohonan jawatan oleh OKU boleh dibuat melalui sistem online, borang permohonan atau kaedah-kaedah lain yang ditetapkan oleh PBM. 8. Sebagai garis panduan kepada agensi dan PBM, kategori ketidakupayaan adalah seperti di Lampiran A tertakluk kepada perubahan yang dibuat oleh JKM dari semasa ke semasa. PROSEDUR PENGAMBILAN 9. Bagi menemu duga OKU, PBM atau agensi (sekiranya diwakilkan kuasa pelantikan), jika perlu boleh melantik panel penemu duga yang salah seorang ahli panel adalah Pegawai Kebajikan Masyarakat atau mana-mana pegawai yang berpengalaman dalam pengurusan OKU. 10. Pelantikan OKU hendaklah mengikut syarat skim perkhidmatan berkenaan. OKU boleh dilantik secara tetap, kontrak atau apa-apa kaedah pelantikan yang berkuat kuasa. PERANAN JKM 11. JKM berperanan: (i) menjalankan usaha-usaha pendaftaran pencari kerja OKU untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam; (ii) menyalurkan maklumat pendaftaran pekerjaan OKU kepada PBM dan agensi berkenaan bagi membantu urusan permohonan jawatan; (iii) mengadakan program secara berkala dengan golongan OKU bagi mendengar dan membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi oleh mereka khususnya dalam bidang pekerjaan; (iv) mewujudkan pendekatan ‘job coaching’ bagi membantu OKU dan agensi dalam membuat penyesuaian kepada persekitaran kerja dan bidang kerja; dan (v) memastikan Ketua Jabatan mengemukakan laporan mengenai bilangan OKU yang berkhidmat di agensi masing-masing setiap enam (6) bulan mengikut format di Lampiran B bagi memantau pelaksanaan dasar pengambilan satu peratus peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam kepada OKU. PERANAN KETUA JABATAN 12. Ketua Jabatan berperanan : (i) memaklumkan kepada JKM dan PBM mengenai kekosongan jawatan di agensi masing-masing yang sesuai untuk diisi oleh OKU; (ii) melaksanakan program orientasi di tempat kerja bagi membantu OKU menyesuaikan diri kepada persekitaran di tempat kerja dengan mengambil kira keupayaan OKU supaya mereka dapat bekerja dalam keadaan selesa dan produktif. Program ini juga bertujuan mewujudkan hubungan saling memahami antara OKU dengan majikan dan rakan-rakan sekerja agar mereka dapat membantu OKU bekerja secara berterusan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan; (iii) memastikan OKU mendapat keselesaan dalam menjalankan tugas serta kesesuaian penggunaan kemudahan dengan mengambil tindakan ke arah menyediakan penyesuaian yang munasabah; dan (iv) memastikan laporan yang diperlukan oleh JKM mengenai OKU dikemukakan pada masa yang ditetapkan. PEMANTAUAN 13. Setiap agensi adalah bertanggungjawab memastikan bahawa pengambilan OKU dalam jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dilaksanakan secara berterusan sehingga bilangan mereka yang berkhidmat di agensi berkenaan mencapai sekurang-kurangnya satu peratus. JKM akan memantau pelaksanaan dan pencapaian dasar ini di agensi berkenaan dan perkhidmatan awam keseluruhannya dari semasa ke semasa. TARIKH KUAT KUASA 14. Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai tarikh ianya dikeluarkan. PEMBATALAN 15. Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, PP 10/1988 adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 16. Tertakluk kepada penerimaannya oleh Pihak Berkuasa masing-masing, Pekeliling Perkhidmatan ini terpakai kepada Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa berkenaan disarankan untuk sama-sama menjayakan dasar ini. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” (TAN SRI ISMAIL ADAM) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA 1 April 2008 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Ketua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Ketua Pihak Berkuasa Tempatan ------ LAMPIRAN A KATEGORI KETIDAKUPAYAAN Bagi maksud pendaftaran, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mengklasifikasikan Orang Kurang Upaya kepada enam (6) kategori utama ketidakupayaan seperti berikut: BIL KATEGORI PENJELASAN I Kurang Upaya Pendengaran a) Minimum ( Mild ) - (20 - < 30 db). b) Sederhana (Moderate) - (30-< 60 db). c) Teruk ( Severe ) - (60 - < 90 db). d) Sangat Teruk ( Profound ) - (> 90 db). II Kurang Upaya Penglihatan a) Buta (Blind) - Penglihatan kurang daripada 3/60 pada mata yang lebih baik walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata). b) Terhad –(Low Vision / Partially Sighted) - Penglihatan lebih teruk dari 6/18 tapi sama dengan atau lebih baik daripada 3/60 dalam mata yang lebih baik penglihatannya walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan (cermin mata). c) Tunnel Vision - Pandangan yang terhad kepada satu arah dan dalam ruangan sehala. III Kurang Upaya Fizikal Kecacatan anggota badan misalnya - Penyakit Polio, Kudung, Muscular Dystrophy, Myopathy, Neuropathy, Osteogenesis Imperfecta, kerdil dll. IV Cerebral Palsy a) Hemiplegia Cerebral Palsy yang melibatkan sebelah bahagian badan. b) Diplegia Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah kaki. c) Quadriplegia Cerebral Palsy yang melibatkan kedua-dua belah tangan dan kaki. V Masalah Pembelajaran Diagnosa perubatan dibawah kategori ini merangkumi : a) Lewat Perkembangan (Global Developmental Delay) (bagi kanak-kanak berumur < 3 tahun). b) Down’s Syndrome. c) Autisma. d) Attention Deficit Hyperactive Disorder. e) Terencat Akal ( Mental Retardation) (bagi kanak-kanak berumur > 3 tahun). f) Masalah pembelajaran spesifik seperti dyslexia, dysgraphia, dyscalculia dll. VI Lain-lain Diagnosa perubatan di bawah kategori ini merangkumi semua masalah kurang upaya yang tidak dinyatakan dalam format.

Wednesday, November 20

Tahniah!

Salaam guys, read on and enjoy.. thanks. Tahniah! Akhirnya tergerak juga naluri ini untuk menjenguk kembali blog yang telah sekian lama ditinggalkan sepi. Well, I guess it would be due to time constrain. That would be always the reason given. hehehe But don't we all know that, the "remote control" is always in our hand. Whatever we do, if there is time or not, once we are in control of ourselves , we will be able to find all the time we need. So I would like to say "congratulation" to myself for being in control now for the time visiting my blog after many moons not doing it. hahahaha Tahniah! juga pada semua yang telah berjaya mengawal diri sendiri dari melakukan perkara-perkara yang negatif dan terus menjadi insan yang positif. Pelbagai cerita kita dengar sana-sini, samaada cerita gembira ataupun sedih, di dalam maupun di luar negara. Paling dekat ialah jiran dalam lingkungan komuniti ASEAN, iaitu Philippines. Tergempar baru-baru ini dengan kejadian amuk oleh taufan "Haiyan", yang telah mengorbankan berpuluh ribu manusia. Mangsa amuk "Haiyan" seperti seorang kanak-kanak bernama William terpaksa dipotong kakinya bagi menyelematkan dia. Namun dalam duka mengingatkan kejadian alam ini, tahniah diucapkan kepada kerajaan negara yang ku cintai, atas inisiatif pantas mengirimkan bantuan di sana, dan kepada rakyat yang perihatin atas sumbangan mereka kepada masyarakat yang memerlukan tidak kira di dalam maupun di luar negara. Tahniah! Recently I was in Melaka from 13th - 14th November, to be exact in UiTM Lendu, Alor Gajah. To witness my son getting his scroll from the Pro Chanselor. After 3 years hard work, finally he did it, though not being the receipient for the Vice Chanselor award, but to me and family he is the best. And will be an example to his other siblings. Congratulation! "Abang". You make us proud. The story of success just started.. and hope more to come. Have a wonderful day & thank you.

Tuesday, May 29

HOW MUCH SLEEP DO YOU REALLY NEED?

Salaam guys, read on and enjoy.. thanks. HOW MUCH SLEEP DO YOU REALLY NEED? 17 May 2012 Children usually sleep 11-13 hours a day. By Dr RAYMOND TAN From birth, we spend a third of our lives asleep. After decades of research, we're still not sure why. A recent study looking at people who sleep an average of five hours a day versus people who sleep an average of seven hours a day showed a much higher incidence of hypertension, heart disease, depression and even suicides in the group with less sleep. What a difference a shortening of sleep time of just two hours made! We still don't know why we need to sleep. We do know of the severe consequences if we don't get enough sleep. Is sleep a period where the brain's activity goes very quiet and thus it gets it "rest?" The answer is an emphatic No! Sleep is not being unconscious. It is a dynamic state with shifting levels of electricity and ebbing and flowing of chemicals in the brain. HOW MUCH SLEEP? Babies sleep between 12-18 hours a day. Interestingly 50% of their sleep time is in REM (rapid eye movement) dream sleep. Children usually sleep from 8pm-6am averaging about 11-13 hours. Twenty-five per cent of their sleep is in REM sleep. Studies have shown that children who sleep less are more prone to gaining more weight and also resulting in poorer school grades and lower IQ (see story here). Teenagers usually have a natural sleeping time from 1-10am and they require about nine hours of sleep. Less sleep again has been implicated in poorer school grades. Also, early school hours i.e. usually most schools start at 8am, often clash with their natural sleeping times. Adults typically require 6.5-7.5 hours of sleep a night and their sleeping times are usually between 11pm-6am. Again, both sleeping shorter or longer than these normal seven hours result in higher morbidity, higher rates of depression and obesity. COMMON SLEEP PROBLEMS There are to date 86 sleep disorders known. The most common of which is Obstructive Sleep Apnea (OSA). Sleep problems, especially insomnia, are definitely getting more common these days with the increasing workloads put on us. Not to mention, the myriads of distractions that abound ranging from the Internet, computer, TV and late-night rendezvous with friends at our 24 hours-a-day-open mamak stalls! HOW DO WE OVERCOME SLEEP PROBLEMS AND GET A GOOD SLEEP? Recognise the fact that sleep is a valuable commodity. Guard it religiously. Sleep at the recommended hours, for the recommended hours. Keep computers/TVs/CD players/radios out of the bedroom - these are potential sleep distractions. Keep the bedroom comfortable, neat, clean and quiet. Remember to "cool down" to sleep. Relax for half an hour before sleeping by soaking in a warm tub, do a bit of light-reading or listen to some slow, easy music. We cannot just switch off the computer or TV and jump into bed to sleep. Our minds would still be a beehive of activity and many would find it hard to sleep. Do not take substances like teas, coffees, carbonated drinks, chocolates just before sleeping. They are stimulants because they contain caffeine which prevents us from falling asleep. SOCIAL NETWORK The combination of Facebook/Twitter on Internet-connected smartphones creates a perpetual state of being able to log into this social network sites 24 hours a day. A recent study done on 201 volunteers showed that except for sleep and sex, the urge to log into social networking sites was stronger than almost any other urge - including the urge for a cigarette, coffee, food or alcohol. This obsessive-compulsion behaviour borders on addiction and "steals" a lot of people's time and unsurprisingly eats into their sleep time too resulting in sleep deprivation. In conclusion, I would say that while there is still so much we need to find out about sleep, what we do already know is that sleep is very important and we should guard our sleep fervently! Dr Raymond Tan is a consultant ENT (Ear, Nose and Throat) surgeon, snoring & sleep apnea specialist.

Selamat pagi.. Ayuh!

Salaam guys, read on and enjoy.. thanks. Assalamualaikum dan salaam sejahtera kepada semua pengungjung blog “to love is to share” , hari ini selasa 29 Mei 2012.. Awal pagi ini, dengan udara yang sungguh nyaman, segar tanpa noda, bersih sebersihnya.. Sedut le dengan syukur kepada nikmat dan rahmat dari NYA jua.. Alhamdulillah. Bergerak le kemana saja, berjalan kaki , tentu akan mengeluarkan keringat jernih di pipi, manik manik yang akan berterusan membasah bumi, tanda usaha kita dan seharusnya memberi isyarat bahawa kita masih sihat walfiat.. Syukur alhamdulillah. Menaiki kereta sendiri, itu rezeki kita, atas usaha kita, mencari dan terus mencari atas keredhaannya.. Syukur alhamdulillah. Berkenderaan awam, memudahkan pergerakkan kita kemana saja.. Tanpa halangan tanpa prejudis..bersama-sama dengan masyarakat kota, bandar maupun desa, kita turut menyusuri kesibukan, berasak-asak untuk sama tidak mau ketinggalan di dalam arus pembangunan.. Kita tetap bersyukur, alhamdulillah. Apa-apa pun seperti kesegaran pagi yang nyaman ini, kita segarkan jua minda dan jiwa kita, agar terus releven dalam arus pembangunan yang memerlukan kehadiran kita, bersama masyarakat yang lain, memajukan negara sekaligus memajukan diri sendiri, keluarga dan agama.. Selamat pagi semua.. Ayuh!
Related Posts with Thumbnails

View this Blog's as well