About Me

My photo
Assalamualaikum Warahmatullah! Salam Sejahtera! Selamat Datang! Welcome to the blog “to love is to share”. You are set to connect with knowledge informations, articles, jokes, more and more blogs, etc, so for the meanwhile, do enjoy your visit. And if you have to go, don't forget to come back again. Lets we all, exclusively communicate, share, and discover interest for pleasure, funs and own benefits.. *** Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama, tetapi sekadar ingin berkongsi. Dan apa yang baik yang aku fikirkan, mungkin tidak pulak bagi pengunjungku. Oleh itu, aku mohon maaf dan aku tidak bertanggungjawab atas sebarang salah laku maupun sebarang kesulitan yang timbul akibat mengikuti apa yang aku kongsikan. Terima Kasih.. Sanggar Bayu I Say, What You Know Shapes Where You Go..

Tuesday, August 31

Rahmat Lailatul Qadar

Salaam guys, read on and enjoy.. thanks.


Ramadhan Al-Mubarak..



LAILATUL Qadar atau Malam Al-Qadar diketahui umum sebagai malam yang sungguh istimewa buat seluruh umat Islam. Ia jelas berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: “Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan.” (surah al-Qadr)

Pada malam Lailatul Qadar, Rasulullah SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam lain sepanjang Ramadan.

Ini berdasarkan hadis Muslim Nabi SAW beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramadan, tidak sebagaimana malam lain.

Selain itu, hadis riwayat Bukhari dan Muslim menjelaskan Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam Al-Qadar darinya (malam-malam Ramadan).

Malah keistimewaan Lailatul Qadar turut disokong satu lagi hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Apabila masuk 10 terakhir bulan Ramadan, Rasulullah menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana sangat sibuk dengan ibadat yang khusus).”

Para ulama, antaranya Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menyebut bahawa tarikh malam Lailatul Qadar sengaja disembunyikan oleh Allah SWT supaya umat manusia berusaha bersungguh-sungguh mencarinya.


Bagaimanapun, ada disebutkan di dalam hadis sahih tanda kemunculan malam terhebat ini iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampau panas dan tidak pula sejuk serta matahari pula tidak memancarkan sinaran.

Tanda-tanda ini tidak begitu penting bagi individu yang benar-benar beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberi manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas jika tanda itu dikenal pasti pada keesokannya.


Malah, tanda ini juga sangat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah tempat adalah berlainan.

Di negara Barat contohnya, cuaca di sana mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk atau musim bunga, manakala di Afrika pula mungkin mengalami keadaan panas.

Persoalannya, adakah malam Al-Qadar tidak muncul di tempat mereka sedangkan waktu siang di sana sentiasa dalam keadaan panas atau mendung?

Jawapan bagi persoalan ini adalah mudah kerana tanda ini hanya contoh yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan tidak lebih daripada itu.

Menurut pandangan paling kuat di kalangan para ulama, ia berlaku pada sepuluh malam terakhir, iaitu pada malam ganjil sebagaimana dinyatakan oleh hadis riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Carilah ia (malam Al-Qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadan.”

Bagaimanapun, dalam mencari malam yang lebih baik daripada seribu bulan itu, kita mungkin sekali lagi dilanda kebingungan tatkala pada tahun tertentu, Arab Saudi memulakan bulan puasanya pada tarikh berbeza dari negara lain.

Mungkin antara kita akan tertanya sama ada kiraan malam ganjil ini menurut kiraan Ramadan di Arab Saudi atau di negara yang kita duduki.

Hal ini sebenarnya sukar dipastikan dan para ulama berpendapat serta menyarankan bagi mencari malam Al-Qadar, sebaik-baiknya ia dilakukan pada seluruh malam.

Tarikh kedatangan Lailatul Qadar juga sering membuatkan kita semua tertanya sama ada ia berada pada tarikh tetap atau berubah setiap tahun.

Menjawab persoalan ini, sebahagian ulama mengatakan kedatangan Lailatul Qadar adalah bersifat tetap iaitu pada malam 27 Ramadan, namun majoriti ulama, termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie, pula berpendapat bertukar-tukar dan tidak kekal pada satu tarikh.

Selain itu, berdasarkan dalil hadis Al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu sama ada pada malam ke-25, 27 atau 29 Ramadan berdasarkan sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Aku lihat mimpi kamu (sahabat) menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada tiga tarikh berkenaan, malam ke-27 Ramadan adalah paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam, terutama di negara Arab.

Tarikh ini dipegang oleh kebanyakan sahabat Rasulullah SAW serta ulama silam, hinggakan seorang sahabat yang dikenali sebagai Ubay Bin Ka’ab RA bersumpah ia adalah malam ke-27 (di zamannya secara khasnya kerana beliau melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya.

Ini sebagaimana diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud yang bermaksud: “Malam al-Qadar adalah malam ke-27.”

Dalam mencari malam seribu bulan ini, kita juga digalakkan memohon doa ke hadrat-Nya dengan memohon kebaikan ketika di akhirat kelak.

Doa terpenting ketika Lailatul Qadar hendaklah merangkumi kebaikan dunia dan akhirat sebagaimana doa yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah yang bermaksud: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami daripada penyiksaan api neraka.”

Sasaran kita pada malam-malam terakhir Ramadan adalah bagi mendapatkan keampunan Allah SWT sebagaimana perihal perbualan Rasulullah SAW dengan Aisyah RA.

Ketika itu Aisyah bertanya: “Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doakan)?”

Lantas Rasulullah SAW berkata: “Sebutlah doa seperti ini; Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun, dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan.”

Lantaran niat untuk mencari malam Lailatul Qadar ini, segelintir ulama menyatakan individu yang mendapat keberkatan malam al-Qadar itu akan mengetahuinya berdasarkan tanda-tanda yang muncul.

Ini sebagaimana sabda Rasulullah SAW bahawasanya: “Barang siapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya.” (Riwayat Muslim) Namun, pandangan lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikan menerusi kedatangan malam itu, sama ada secara sedar atau tidak.

Tidak terkecuali menerusi kelebihan diberi Allah SWT melalui pelbagai cara seperti mimpi, tanda yang menarik atau pelik serta pelbagai cara yang boleh disampaikan oleh-Nya.

Tidak perlu untuk solat malam di tepi pokok atau di depan baldi air kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku kerana Allah SWT akan memberi tandanya menurut kehendak-Nya, sebagaimana dimahukan-Nya.

Selain itu, perlu kita ingat waktu makbul dan keberkatan Lailatul Qadar bukan dalam tempoh tertentu, seperti sering kita dengar sewaktu kanak-kanak bahawa waktu makbul doa dan keberkatan malam itu hanya untuk beberapa saat.

Sebaliknya, waktu tibanya malam itu adalah sepanjang malam berkenaan sebagaimana dinyatakan Allah SWT dalam surah al-Qadr, ayat kelima yang bermaksud: “Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.”

Malah, oleh kerana Allah SWT itu juga maha adil lagi maha mengetahui niat seseorang itu, wanita yang dalam keuzuran juga pasti tidak terhalang daripada berkat malam berkenaan.

Ini kerana wanita yang masih dalam tempoh uzur boleh melakukan pelbagai amal dan ibadat seperti berzikir, berdoa, mendengar bacaan al-Quran serta mengkaji terjemahan dan memahaminya.

Diharapkan kita sebagai umat islam sama-sama dapat memanfaatkan Ramadan dengan melakukan ibadat penuh keikhlasan dan kebaikan pada malam Lailatul Qadar yang lebih baik dari seribu bulan.


-Anonymous-

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Salaam guys, read on and enjoy.. thanks.



Hari ini genap 53 tahun hari kemerdekaan negara kita, sejak bermula pada 31 Ogos 1957..

dan sejak hari itu, bermula lah era penjajahan diri sendiri yang tiada penghujungnya hingga ke hari ini. kemerdekaan yang sering dilaungkan setiap kali menyambut hari kemerdekaan, setiap kali menjelangnya 31 Ogos setiap tahun, telah menyaksikan pelbagai tafsiran kemerdekaan-kebebasan , dari minda minda yang telah terjajah. Kalau dulu pejuang pejuang kemerdekaan negara kita, mengadaikan nyawa mereka untuk membebaskan negara kita dari penjajah luar , Mat Salleh di Sabah, Rosli Dhoby, Rentap dan rakan rakanya di Sarawak, Mat Kilau, Dol Said, Leftenan Adnan di Semananjung , semuanya ingin melihat anak cucu cicit mereka hidup tanpa penjajahan didalam erti kemerdekaan-kebebasan yang sebenar..


Kini sebut saja kemerdekaan, disambut saja hari kemerdekaan, sama ada menjelang hari kemerdekaan maupun diambang kemerdekaan, maka ramai le minda minda yang masih dijajah, yang mempunyai tafsiran erti kemerdekaan mereka sendiri, terus menjajah diri mereka sendiri dengan pelbagai perlakuan yang akan terus memusnahkan diri mereka, seperti mana penjajah Jepun, British, Portuguese , yang telah memusnahkan negara kita..


Jom sama sama le kita mengajak minda kita dan minda keluarga kita, saudara mara kita, kawan kawan kita, agar terus menjunjung kemerdekaan yang telah kita kecapi sejak tanggal 31 Ogos 1957, kita bebas dari penjajah Jepun, British, Portuguese dan seterusnya kini biar kita terus bebas dari dijajah oleh minda diri sendiri.. hargai le erti kebebasan, kemerdekaan yang menjadi hak kita kini.


Merdeka! Merdeka! Merdeka!


... dengan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan negara kita, Malaysia yang ku cintai, kepada semua, pemimpin pemimpin negara, di negeri, didaerah, dibandar, dikampung, dipejabat dan dirumah, agar terus menjadikan kemerdekaan ini satu semangat untuk terus melihatg anak bangsa kita berjaya tanpa penjajahan..

Selamat Hari Kemerdekaan negaraku, Malaysia..31 Ogos 2010.

Wednesday, August 11

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum W.B.T..


Bismillah. Al-Ghazali pernah berkata:

Yang jauh itu WAKTU..

Yang dekat itu MATI..

Yang besar itu NAFSU..

Yang berat itu AMANAH..

Yang mudah itu BERBUAT DOSA..

Yang itu AMAL SOLEH..

Yang indah itu SALING MEMAAFKAN..

HARI INI KITA MASUK KE BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

MARHABAN YA RAMADHAN

SELAMAT MENJALANKAN "IBADAH PUASA", MAAF ZAHIR & BATIN.

Sunday, August 1

Cerita Belalang Part 3

Salaam guys, read on and enjoy.. thanks. Hari ini sudah masuk hari ke 17 Syawal, umat Islam di Malaysia meraikan hari kemenangan, setelah sebulan Ramadhan mengawal diri, menahan lapar dan dahaga, nafsu yang negatif, elak dari melakukan perbuatan yang dilarang. Seperti lazimnya, aku masih lagi meraikan sebulan Syawal untuk terus melakarkan senyuman , bermaaf maafan sesama sahabat handai yang ditemui sepanjang bulan ini, dan turut menjamu keluarga sama ada di rumah ku atau rumah keluarga ku. Semalam aku tertonton, (hahaha, maksudnya tidak sengaja le tu.) cerita "Nujum Pak Belalang", entah aku tak ingat pulak, sama ada kat Astro atau TV3 atau RTM 2.. hmmm, tetapi bukan cerita dari sumber mana yang nak aku ceritakan kat sini, tetapi aku teringat dengan topik siri "Cerita Belalang" yang aku tulis beberapa bulan yang lalu. Lanjutan dari siri "Cerita Belalang", aku teringat semasa aku menunaikan jemputan untuk memberi ceramah motivasi kepada sekumpulan pelajar SMK Pendidikan Khas (Blind) Batu Lintang pada 31 Julai 2010, aku ingin menulis slot kedua atau sambungan cerita seterusnya yang aku gunakan untuk ceramah aku pada hari itu. Memandangkan ceramah motivasi aku hanya bermula pada sebelah petang, pada awal paginya Didalam kepala aku, aku ligat mencari apakah bahan yang aku nak gunakan sebagai "origami" kepada tambahan dari cerita "Nujum Pak Belalang" yang akan aku ceritakan kepada pelajar pelajar tersebut. Ha, aku telah mendapat satu idea. Aku akan gunakan sebuah Layang-Layang sebagai "origami" untuk hari itu. Maka, di dalam masa yang singkat, beberapa jam saja sebelum ceramah motivasi aku bermula, aku berusaha mencari "Layang Layang" . Aku telah mencari di beberapa buah kedai yang berhampiran tempat ku, namun hampa kerana masa tu bukan musim untuk bermain layang-layang. Aku terus mencari dan mencari dan akhirnya di sebuah kedai kampung yang kecil, aku berjaya membeli sebanyak 30 buah Layang-Layang, untuk aku agihkan kepada pelajar yang terlibat didalam sessi ceramah motivasi aku. 31 Julai 2010: Bertempat di Komplek Biro Wanita, Kuching Sarawak. Slot aku bermula kira kira jam3.30 petang, sebaik saja tamatnya sessi ceramah kaunseling oleh seorang cikgu disiplin, yang turut bercerita tentang keadah sistem pembelajaran yang berkesan. Aku meminta pembantu dari Yayasan Salam untuk mengagih-agihkan layang-layang yang aku bawa, kepada semua pelajar-pelajar yang terlibat. Masing-masing mula bercakap sesama sendiri apakah benda yang diagihkan kepada mereka, dan ada yang mempunyai "vision" telah memaklumkan benda itu kepada yang tidak nampak langsung. Aku memulakan sesi ceramahku dengan memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut, "kenal" apa yang ada di tangan masing-masing. Setelah semua tahu bahawa di tangan masing-masing adalah layang-layang, dan diceritakan pulak bagaimana nak main layang-layang, aku di tanya dengan soalan berikut, "Mana tali layang-layang ini?" Aku biarkan soalan mereka tidak berjawab. Aku terus memberi ceramah motivasi kepada pelajar-pelajar tersebut, sambil mendengar keluhan kecil dari sebilangan mereka tentang layang-layang yang ada di tangan mereka. Dan aku maklumkan kepada mereka agar sepanjang sesi ceramah motivasi aku, aku mahu mereka menjaga layang-layang tersebut dengan elok, dan jangan rosakkan sehingga ke penghujung ceramah nanti, kerana di hujung ceramah nnanti baru le mereka "dapat" tali layang-layang tersebut. In between ceramah aku, aku sesekali terus menerima soalan mereka tentang tali layang-layang dan akhirnya di hujung ceramah aku, dan sebagai penutup aku ceritakan sebuah kisah seorang budak bermain layang-layang bersama ayahnya, disatu kawasan tepi pantai yang luas. Begini ceritanya.. Seoarang anak dan ayah berjalan di tepi pantai hendak bermain layang-layang. dengan keadaan angin yang sepoi-sepoi dan cukup sesuai untuk bermain layang-layang. Maka anak kecil itu dengan bantuan ayahnya telah berjaya menaikkan layang-layang mereka ke satu ketinggian yang cukup mengembirakan anak kecil itu. Di dalam keghairahan dan keterujaan anak kecil itu nak tengok layang-layangnya terbang lagi tinggi, akhirnya tali (benang) yang mengikat layang-layang telah sampai ke penghujung gelung pengikat tali tersebut. Maka anak itu, yang masih kecil, tanpa memikirkan tentang hukum alam, telah meminta ayahnya melepaskan tali pengikat layang-layang tersebut agar pada pendapatnya, tali layang-layang tersebut telah menahan layang-layang itu dari terus terbang lebih tinggi. Namun ayahnya tetap bersabar dan memberitahu anak kecil tersebut tentang hukum alam dan jika tali itu diputuskan, maka layang-layang yang naik akan jatuh juga ke bumi. Si anak kecil yang masih belum tahu erti kehidupan, tetap merengek-rengek untuk tali layang-layang diputuskan agar layang-layang itu terus terbang tinggi. Si ayah tahu akan kesudahan layang-layang itu, menuruti saja permintaan anak kecil dan akhirnya, layang-layang itu dengan perlahan-lahan mula jatuh, dan menyembah bumi akhirnya. Si anak begitu kehairanan, pada pandangan dia, jika tali diputuskan, maka layang-layang itu akan terus terbang "bebas" dan akan terus pergi jauh..??? Ironi dari cerita ini, aku terangkan pengajaran yang boleh dikaitkan dengan kehidupan kita sebagai seorang anak/pelajar. Di dalam kehidupan, kita memerlukan "tali" untuk kita pergi jauh dan berjaya. Tafsiran "tali" adalah pelbagai mengikut situasi di mana kita berada sekarang. Jika kita sebagai anak, kita perlu emak bapak kita sebagai "tali", pengikat kita untuk terus berada dilandasan yang betul, untuk kita terus terbang tinggi hingga mencapai kejayaan. Dan begitu juga jika kita sebagai seorang pelajar, kita perlu cikgu-cikgu kita untuk terus menjadi "tali", yang terus membimbing kita mengharungi pembelajaran kita agar tidak tersasar jauh, merencong dari sistem pembelajaran yang sebenar, dan memberi kita peluang untuk memperolehi ilmu sama seperti insan lain di dalam kontek kita sebagai seorang manusia. Andainya kita putuskan "tali", ini, kononnya kita tidak perlu atau kita ingin pergi lagi jauh tanpa sekatan, dalam erti kata kita ingin kebabasan, bebas dari leteren emak bapak yang ingin kita jadi anak yang berguna, cerah masa depan. Lleteren dari cikgu-cikgu, yang melihat kita malas belajar, kerana mereka juga ingin melihat kita, walaupun "blind", turut berjaya didalam kekurangan kita, seperti pelajar yang lain. Ini leteren ku kepada pelajar-pelajar tersebut. So, aku minta pelajar-pelajar tersebut, semua berpaling ke belakang, dan dengar /tengok barisan cikgu-cikgu yang setia menjadi "tali" mereka selama ini, bagi membantu mereka mencapai kejayaan yang cemerlang demi masa depan diri sendiri. Layang-layang yang aku berikan kepada pelajar adalah ibarat pelajar itu sendiri, sebab itu aku sentiasa tekankan in between ceramah aku agar mereka menjaga layang-layang itu elok dan jangan rosak. Iibarat diri kita sendiri, kita mesti pastikan kita tidak merosakkan diri kita, kerana yang ruginya adalah diri kita sendiri. dan kita tanpa "tali", seperti layang-layang tidak gunanya jika hanya ada ditangan kerana fitrah permainan layang-layang adalah untuk melihat ianya terbang tinggi. Begitu juga diri kita, sebagai seorang pelajar, fitrah pelajar adalah untuk menimba ilmu, jika kita tidak mencari ilmu, kita akan sentiasa didalam kerugian. Apatah lagi ilmu itu sentiasa ada untuk kita. Dan jika kita putuskan "tali", kita akan melayang-layang tanpa arah, tanpa kawalan, tanpa tujuan. Dan aku akhiri ceramah aku dengan bertanya semula kepada pelajar-pelajar tentang soalan mereka di awal ceramah aku. "Mana tali layang-layang ini?"

Saturday, July 31

Cerita Belalang Part 2

Salaam guys, read on and enjoy.. thanks.




Setelah aku merasa lega dengan selesainya pembentangan Power Point Presentation aku pada 29 Julai 2010, dalam Persidangan Antarabangsa di Kuching Hilton , anjuran University Malaysia Sarawak dengan kolaborasi bersama Manchester Metropolitan University atas tajaan pihak British Council..


hari ini pula, aku diminta untuk memberi ceramah motivasi kepada pelajar pelajar pendidikan khas dari SMK Batu Lintang, Kuching Sarawak. Program ini yang dianjurkan oleh pihak Pendidikan Khas SMK Batu Lintang dengan kerjasama Yayasan Salam Sarawak , mengadakan satu slot motivasi , sebagai satu aktiviti untuk menyuntik semangat pelajar peljar yang akan terlibat secara langsung dengan Peperiksaan penilaian Menegah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran malaysia (SPM) tahun ini.


Aku, semalam telah dihubungi oleh Penyelia Yayasan Salam Sarawak, yang mana turut menjadi peserta didalam Persidangan Antarabangsa diatas, meminta aku memberi ceramah motivasi kepada pelajar pelajar Pendidikan Khas, SMK Batu Lintang. Sebaik saja aku dimaklumkan tujuan program mereka, aku terus menerima jemputan itu tanpa ragu ragu tentang mampu ke aku ke tidak melakukannya. Aku tahu aku bukan seorang pakar motivasi, apa tah lagi bukan seorang pendidik, yang telah bersama dengan pelajar pelajar tersebut di sekolah. Aku cuma seorang "blind" , tanpa ilmu khusus untuk memberi ceramah motivasi seperti pakar pakar yang sedia ada dinegara kita. Ah' sungguh kerdilnya aku..

Namun, teringat aku kepada cerita "NUJUM PAK BELALANG" , aku cuba mencari sesuatu yang positif dari cerita filem ini untuk aku jadikan bahan ceramah motivasi aku. Aku turut meminta isteri dan rakanku , mungkin boleh memberi idea untuk aku teruskan dengan ceramah motivasi aku. Akhirnya, aku kekal untuk menjadikan cerita dari filem "NUJUM PAK BELALANG" sebagai contoh yang aku suntik semangat pelajar pelajar tersebut..


Kronologi cerita aku:

aku bermula dengan bahagian dimana rombongan Baginda Kerajaan Masai ke Negara Beringin Berendam. Mereka disambut oleh kerajaan Sultan Shahrul Nizam.. hasrat hati disampaikan oleh Baginda Kerajaan Masai, kononnya ingin menguji kehandalan Ahlil Nujum Negara Beringin Berendam iaitu Nujum Pak Belalang. Ujian yang diutarakan merupakan soalan teka teki, dan yang menjadi pertaruhan mereka ialah negara masing-masing. Setelah bersetuju dengan syarat pertaruhan, maka dikemukakan lah empat soalan teka teki yang perlu dijawab oleh Nujum Pak Belalang..

1. kayu yang telah diraut cantik cantik, ditanya mana hujung dan mana pangkalnya..

2. Antara dua ekor anak itik yang baru menetas, yang mana betina dan yang mana jantan..

3. Ada satu masalah.. apakah yang 1. banyak banyak, 2. sedikit sedikit, 3. jarang jarang dan 4. kadang kadang..

4. Dimana letaknya kekuatan Hang Tuah?

Aku membuat tafsiran sendiri berdasarkan empat soalan yang dituju kepada Nujum Pak Belalang oleh Ahlil Nujum Kerajaan Masai. Untuk soalan pertama, aku kait kan dengan fitrah kehidupan, kejadian alam dan manusia itu sendiri, seperti kayu yang telah diraut cantik cantik tanpa fisikalnya menunjukkan mana hujung dan mana pangkalnya. begitu juga dengan kejadian alam dan manusia, kita sebagai manusia dan didalam kontek cerama aku petang tadi, aku kaitkan dengan fitrah ciptaan kita yang sempurna akal, walaupun fisikal kita tidak dapat diraut secantik kayu, dengan fisikal kita kurang "blind" , ini tidak bermakna kita tidak boleh jadi secantik kayu yang diraut , untuk tahu sama ada kita boleh berjaya atau tidak, sama ada kita hendak ke depan (hujung) atau kita terus berada dibelakang (pangkal)..

dan jika kita nak tahu yang mana itik betina dan dimana itik lelaki.. jawapannya adalah atas takdir ciptaan yang maha esa, fitrah semulajadi bahawa yang betina akan dikejar oleh lelaki. atas takdir fitrah semulajadi, kita kena terima hakikat bahawa setiap ciptaan yang maha esa ada hikmahnya , dan walaupun kita "blind" itu adalah ciptaan terbaik dariNYA untuk kita. jadi kita tidak perlu menjadikan keadaan fisikal kita "Blind" menjadi penghalang untuk kita menrima takdir tersebut untuk mengejar kejayaan seperti itik jantan mengejar itik betina. fitrah semulajadi untuk setiap manusia sentiasa ingin mengejar kejayaan dunia dan akhirat..



pada soalan ketiga, jika kita ingin menjadi no. 1, kita sebagai seorang pelajar perlu belajar dengan tekun melalu ulangkaji pelajaran dengan sekerap mungkin, dengan banyak banyak mendengar dan mengambil ilmu yang diturunkan oleh guru guru kepada kita. "BANYAK BANYAK" untuk meluang masa kita terhadap pelajaran kita. semakin banyak kita tahu ilmu kita, semakin banyak kita berusaha untuk menyediakan masa belajar kita, sudah pasti kita boleh menjadi nombor satu, dan memperolehi keputusan yang cemerlang..

begitu le seterusnya jika kita hanya menumpukan "SEDIKIT SEDIKIT" atau "jarang jarang" pada pelajaran kita, sudah tentu kita tidak boleh menjadi no. 1, kita akan berada ditangga no. 2 atau no. 3..

dan dengan "kadang kadang" untuk menumpukan terhadap pelajaran kita, apatah lagi masa peperiksaan, sudah tentu kita hanya mampu untuk mendapat keputusan dengan hasil kerja kita yang "kadang kadang", dan didalam contoh ini, tentu le kita akan berada dibawah sekali..

Seterusnya, dimanakah kekuatan kita? tanya diri sendiri, jika kekuatan Hang Tuah berdasarkan jawapan solan cerita filem "NUJUM PAK BELALANG" adalah pada huruf T pada nama Tuah, dan jika dibuang huruf T, dan diganti dengan huruf B, maka tak ada sapa kenal akan Hang Buah..

Boleh ke kita katakan kekuatan kita pada huruf B? jika huruf B itu boleh untuk perkataan "BUTA" atau "BLIND" dan cuba kita tukar pula pada huruf lain, contoh T pula, ada makna ke perkataan "TUTA" atau "TLIND" So sebenarnya kita sendiri yang dapat menentu kekuatan kita dengan menjadikan dirikan yang "Blind" sebagai penyuntik semangat untuk diri kita terus releven sesama masyarakat, jadi bijak pandai, tambah ilmu pengetahuan, belajar bersungguh sungguh, dapat keputusan yang cemerlang, , maka kita boleh berdiri gah juga bersama masyarkat yang lain..


Maka, melalui cerita filem NUJUM PAK BELALANG" , setelah empat soalan dapat dijawab dengan betul, Baginda Kerajaan Masai sudah merasa bahawa segala maruah beliau sudah tiada lagi dengan kehilang kerajaan beliau atas pertaruhan yang telah dibuat..

Untuk ingin mengembalikan maruahnya, tiba tiba Baginda Kerajaan Masai timbul dengan soalan ke 5. Bertanya le beliau, apa yang ada didalam tangan beliau kepada Nujum Pak Belalang.. seperti yang kita tahu, cerita ini yang jawapannya semua secara kebetulan, maka Pak Belalang dapat menjawab apa yang didalam gengaman Baginda Kerajaan Masai. Tentu le seekor belalang. Aku mengajak pelajar pelajar berfikir, tentang masa depan. Belalang didalam gengaman Baginda Kerjaan masai adalah diibaratkan seperti masa depan kita. Pun begitu, Baginda Kerajaan Masai, jika dia dapat mengawal diri beliau dan tidak pengsan, beliau boleh menentukan masa depan beliau dan kerajaan nya. So aku gunakan perkataan hikmat "IN CONTROL" . Apa kata Baginda Masai, walaupun tahu bahawa jawapan sudah diperolehi, dan kerajaan beliau sudah tentu tergadai, dan jika dia tahu bahawa masa depan beliau adalah terletak diatas belalang yang dia gengam , jika dia masih "IN CONTROL" seperti dia mengemukakan soalan yang ke. 5, maka beliau boleh terus dengan soalan ke. 6. Memang betul belalang, tetapi apakah belalang itu hidup atau mati..


Jadi disini pada soalan ke. 6, dia boleh menentukan masa depan kerajaan beliau, masih dalam kawalan dia boleh terus menentukan bahawa kerajaan beliau masih menjadi milik beliau..jika dijawab soalan tadi bahawa belalang itu hidup, untuk menjadikan jawapan itu salah, Baginda Kerajaan Masai boleh matikan belalang tersebut. dan begitu le sebaliknya..


Jadi moral cerit ini, dengan soalan yang ke. 6, masa depan kita adalah ditangan kita sendiri. sama ada kita hendak berjaya atau tidak semuanya terletak ditangan kita. Dengan "IN CONTROL" kita boleh menentukan hala tuju kita, sebagai seorang "blind" sama ada kita mahu terus diterima didalam keadaan blind tanpa ilmu, tanpa hala tuju yang positif, tanpa masa depan yang cerah seperti insan insan lain , yang mungkin punyai kelebihan secara fisikal dari kita, tetapi jika kita dapat menentukan hala tuju masa depan kita, kita juga boleh berjaya walaupun diri kita "Blind"..



Terima kasih pihak Yayasan Salam, secara tidak langsung pelajar pelajar Pendidikan Khas, SMK Batu Lintang, Cikgu cikgu yang ada bersama petang tadi, kerana memberi ruang untuk aku mengerakkan minda aku menjadi "pakar motivasi" tidak bertauliah.. aku puas, aku telah sampaikan apa yang aku tahu, apa yang aku mampu kepada adik adik senasib dengan ku.. terima kasih.
Related Posts with Thumbnails

View this Blog's as well