About Me

My photo
Assalamualaikum Warahmatullah! Salam Sejahtera! Selamat Datang! Welcome to the blog “to love is to share”. You are set to connect with knowledge informations, articles, jokes, more and more blogs, etc, so for the meanwhile, do enjoy your visit. And if you have to go, don't forget to come back again. Lets we all, exclusively communicate, share, and discover interest for pleasure, funs and own benefits.. *** Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama, tetapi sekadar ingin berkongsi. Dan apa yang baik yang aku fikirkan, mungkin tidak pulak bagi pengunjungku. Oleh itu, aku mohon maaf dan aku tidak bertanggungjawab atas sebarang salah laku maupun sebarang kesulitan yang timbul akibat mengikuti apa yang aku kongsikan. Terima Kasih.. Sanggar Bayu I Say, What You Know Shapes Where You Go..

Friday, January 27

Apa itu Kanser Usus?

Salaam guys, read on and enjoy.. thanks.


Pada 2 Safar 1433 Hikrah bersamaan 27 Disember 2011 Masihi, saya dan keluarga sekali lagi menerima dengan redha ketentuan dari yang maha esa, bahawa yang hidup pasti akan mati..

Seperti yang berlaku pada 28 Zulhijah 1430 Hijrah bersamaan 16 Disember 2009 apabila allahyarham ayahanda tersayang telah kembali ke rahmatullah..

dan pada hari ini, genap sebulan kekanda tersayang pula menyahut seruan illahi atas sebab penyakit Kanse usus yang dihidapinya, tanpa sedar dan bersedia. Sesungguhnya benar dan semuanya benar bahawa kita akan dijemput oleh yang maha esa pada bila-bila masa antara sedar atau tidak bila dah tiba masanya..

---Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon diampunkan segala dosa serta kesalahan kedua-dua mereka, semoga roh mereka ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh serta ahli syurga..Amin!---

"Prevention is better than cure" , mati tetap semua makhluk di muka bumi ini akan menemuinya jua. Cepat atau lambat, hanya sebagai penyebab dan jika kita berupaya mengatasinya masalah penyakit kanser kita, kita boleh meneruskan kehidupan kita lebih lama untuk terus menjadi manusia yang baik kepada yang maha esa..Insya allah!


Sila terus membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang Kanser Usus..dan agar kita dapat manfaat darinya.


Apa itu usus?

Usus ialah organ terpanjang dalam sistem penghadaman. Ia mempunyai dua bahagian:
1. Usus kecil- tempat makanan diserap
2. Usus besar- tempat air dan garam diserap

Terdapat dua bahagian dalam usus besar iaitu kolon dan rektum.

Apa itu kanser usus?

Kanser usus yang juga dikenali sebagai kanser kolorektal adalah salah satu daripada kanser yang kerap berlaku. Kanser usus seringkali dapat dikesan pada peringkat awal dan pada peringkat ini rawatan boleh menyembuhkan penyakit ini. Terdapat juga langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan risiko kanser usus. Kanser usus ialah ketumbuhan kanser yang biasanya bermula dari dalam lapisan usus besar. Ia boleh membesar lama di situ sebelum merebak ke bahagian tubuh yang lain. Oleh sebab itu, lebih awal kanser ini dikesan lebih cerahlah peluang untuk menyembuhkannya. Peluang untuk sembuh adalah 90%, jika penyakit ini dikesan pada peringkat awal. Kanser usus ialah kanser kedua yang paling biasa menyerang lelaki dan kanser yang ketiga yang paling biasa menyerang wanita di Malaysia. Siapakah yang berisiko menghidapi kanser?

Kanser usus boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi risikonya lebih tinggi jika anda berusia lima puluh tahun ke atas. Risiko untuk anda mendapat kanser usus semakin tinggi jika anda:
1. mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser usus.
2. pernah menghidap penyakit radang usus (kolitis ulser atau kolitis Crohn) lebih daripada lapan tahun.

Jika anda mempunyai faktor-faktor di atas, berbincanglah dengan doktor anda tentang risiko mendapat kanser usus. Tidak semua kanser usus menunjukkan tanda-tanda atau simptom awal tetapi anda harus berjumpa dengan doktor jika anda alami mana-mana yang berikut:
1. Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
2. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
3. Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
4. Sakit perut.
5. Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
6. Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab.

Gejala ini mungkin disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.

Individu yang berusia empat puluh tahun ke atas perlu awasi tanda-tanda amaran kanser usus. Jika anda mempunyai salah satu daripada tanda-tanda kanser usus di atas, sila berjumpa doktor yang akan merujukkan anda untuk menjalankan beberapa ujian tertentu. Jika hasil ujian menunjukkan terdapatnya kanser usus, rawatan awal adalah lebih baik. Mengurangkan risiko kanser usus

Ujian saringan untuk kanser usus Ujian saringan kanser usus melibatkan ujian terhadap individu yang tidak mempunyai tanda-tanda menghidap kanser usus. Saringan menggunakan kaedah faecal occult blood test (FOBT) atau ujian darah okulta tinja disarankan kepada individu sihat yang berumur lima puluh tahun ke atas.

Faecal occult blood test (FOBT)

FOBT ialah satu ujian ringkas untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser usus. Ujian ini melibatkan pengambilan beberapa sampel tinja atau najis dengan menggunakan kit ujian. Sampel diambil di rumah dan kemudiaanya dihantar ke makmal untuk dianalisis. FOBT akan menentukan sekiranya terdapat darah di dalam tinja (darah yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar). Darah di dalam tinja boleh disebabkan oleh polip
(ketumbuhan di bahagian dalam usus yang boleh bertukar menjadi kanser) ataupun disebabkan oleh kanser usus yang berdarah. Jika terdapat darah di dalam tinja, ujian lanjut perlu dijalankan untuk mengenal pasti punca pendarahan. Ingatlah bahawa kanser usus mempunyai peluang yang tinggi (90%) untuk disembuhkan sekiranya dikesan pada peringkat awal. Polip yang dikesan melalui FOBT boleh dibuang sebelum bertukar menjadi kanser.

Dimanakah saya boleh mendapatkan FOBT ? Lelaki dan wanita yang berumur lima puluh tahun ke atas perlu berjumpa dengan doktor untuk menjalani FOBT dua tahun sekali. Untuk maklumat lanjut anda juga boleh menghubungi KanHelp Line di 03-89472706 . Anda boleh membantu mengurangkan risiko menghidapi kanser usus dengan:
1. makan makanan yang berkhasiat, termasuk mengambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan dan mengurangkan pengambilan lemak haiwan. . mengekalkan berat badan yang sihat.
2. selalu bersenam.
3. tidak merokok.
4. kurangkan minum alkohol. Dengan mematuhi panduan yang diberi tidak bermakna anda akan terlepas daripada diserang kanser usus tetapi ia boleh mengurangkan risiko anda dan juga memberi banyak faedah kesihatan yang lain. Projek Usahasama CaEd, Malaysia dan The Cancer Council Victoria, Australia Untuk maklumat lanjut, sila hubungi KanHelp Line di 03-8947 2706. Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan sulit yang dikendalikan oleh jururawat kanser.

03-8947 2706 KanWork http://www.ipsas.upm.edu.my/kanwork/ http://www.cancereducation.org.my/ Cancer Resource Centre Aras G, Bersebelahan Pusat Sumber Diabetes, Hospital Putrajaya, Putrajaya, Malaysia. ?8312 4200 ext 1105 Penterjemah: Nurin Dengan kerjasama: logobb ?
Related Posts with Thumbnails

View this Blog's as well