About Me

My photo
Assalamualaikum Warahmatullah! Salam Sejahtera! Selamat Datang! Welcome to the blog “to love is to share”. You are set to connect with knowledge informations, articles, jokes, more and more blogs, etc, so for the meanwhile, do enjoy your visit. And if you have to go, don't forget to come back again. Lets we all, exclusively communicate, share, and discover interest for pleasure, funs and own benefits.. *** Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama, tetapi sekadar ingin berkongsi. Dan apa yang baik yang aku fikirkan, mungkin tidak pulak bagi pengunjungku. Oleh itu, aku mohon maaf dan aku tidak bertanggungjawab atas sebarang salah laku maupun sebarang kesulitan yang timbul akibat mengikuti apa yang aku kongsikan. Terima Kasih.. Sanggar Bayu I Say, What You Know Shapes Where You Go..

Friday, November 20

Sekadar Mengingat.. Kanser PayuDara

Sanggar Bayu menulis..





..Bebrapa minggu yang lepas, aku telah dikejutkan oleh teman baik ku bahawa dia telah disahkan menghidap Kanser Payudara. aku telah diceritakan betapa dia begitu lama mengambil masa untuk berkongsi berita ini sebaik saja disahkan oleh doktor dari sebuah klinik swasta. namun temanku masih bernasib baik kerana kanser ini masih diperingkat yang tidak membimbangkan. namum dia agak terkejut apabila didapati sebesar 4 CM ketumbuhan sudah berada disitu sejak sekalian lama tanpa diketahui..


ignorance! ini le puncanya. aku ingin berkongsi dengan teman teman pengunjungku bahawa "ingnorance" atau tidak tahu dan tidak mahu ambil kisah adalah sebahagian dari punca kanser seperti ini tidak dapat diubati melainkan melalui pembedahan apabila sudah tiba masanya bila ianya sudah semakin teruk. Ingat mengingati le sesama kita..


-SB-















sila ikuti artikel ini berkaitan fakta dan statistik mengenai kanser payudara yang dipetik dari:



http://www.radiologymalaysia.org/breasthealth/BM/Maklumat/faktadanstatistik.htm















Kanser Payudara - Fakta & Statistik.









Hampir semua orang mengenali seseorang atau tahu mengenai seseorang yang menghidap kanser payudara: Seorang ibu, kakak atau adik, nenek, makcik, rakan sekerja, kawan, jiran atau kadangkala (walaupun cukup jarang) seorang ayah atau abang.















Kanser payudara adalah kanser paling biasa di kalangan di hampir semua pelosok dunia. Terdapat variasi yang nyata dalam kadar insiden kanser ini mengikut geografi. Insiden tertinggi adalah di Eropah Utara dan Amerika utara, sederhana di negara-negara Mediterranean dan Amerika Selatan dan paling rendah di Asia dan Afrika. Umur purata diagnosis yang dilaporkan adalah lebih kurang 50 tahun di negara membangun dan 60 tahun di negara-negara Barat.





















Pada 2000, terdapat 1,050,346 kes dilaporkan dengan 372,969 kematian akibat kanser payudara di seluruh dunia. Insiden in mempunyai julat purata daripada 95 bagi setiap 100,000 di negara maju dan 20 bagi 100,000 di negara membangun.





















Variasi ini dikatakan berpunca daripada perbezaan dalam saiz badan, diet, sifat revolusi reproduktif seperti umur haid bermula, bilangan anak, umur melahirkan anak pertama, dan umur pada putus haid. Insiden juga bergantung pada bangsa, lebih tinggi di kalangan wanita berkulit putih berbanding wanita kulit hitam,mereka yang keturunan Sepanyol dan orang Asia di Amerika Syarikat (AMERIKA SYARIKAT).





















Insiden kanser (bilangan kes kanser baru) semakin meningkat. Statistik bagi fenomena ini lebih menakutkan di negara seperti Amerika Syarikat dengan 184,000 kes baru kanser payu dara di kenal pasti setiap tahun. Institut Kanser Kebangsaan menganggarkan bahawa menjelang umur 50 tahun, satu daripada setiap 50 wanita akan menghidap kanser payudara. Menjelang umur 80 tahun, bilangan ini meningkat kepada 1 daripada setiap sepuluh orang. Jika risiko insiden ini dikira sepanjang hayat seorang wanita, maka satu daripada setiap 8 wanita akan menghidapi kanser payudara. Satu daripada setiap 28 akan mati akibat penyakit ini. Satu daripada setiap 3000 akan menghidap kanser payudara semasa mereka hamil dan wanita hamil lebih cenderung menghidap penghidap penyakit ini dalam lingkungan umur 30-an. (Hanya 2% daripada kanser payudara didiagnosis di kalangan wanita hamil.)





















Setiap 3 minit, seorang wanita didiagnosis dengan kanser payu dara (AMERIKA SYARIKAT)









Setiap 11 minit, seorang wanita mati akibat kanser payu dara(AMERIKA SYARIKAT)









Setiap tahun, 30,000 wanita dan 200 lelaki didiagnosis dengan kanser payu dara (UK)









Di negara dengan kadarnya rendah setakat ini, terutamanya di Asia, kadar peningkatannya begitu mendadak dengan peningkatan yang besar dalam insiden termasuk juga kadar kematian (mortaliti).





















Kanser Payudara di Malaysia – Faktanya





















Kanser payudara adalah kanser paling biasa keseluruhannya dan kanser paling biasa di kalangan semua wanita dari umur 20 tahun di Malaysia bagi tahun 2002 dan 2003









Kanser payudara paling biasa di kalangan kaum Cina, kemudian kaum India dan akhirnya kaum Melayu.









Kanser payudara menyumbang 31% daripada jumlah kes kanser wanita yang didiagnosis pada tahun 2003. (30.4% dalam 2002)













































Kadar Piawai Umur (ASR) daripada kanser payudara di kalangan wanita ialah 52.8 per 100,000 orang pada 2002 dan 46.2 bagi setiap 100 000 orang pada 2003. Di kalangan kaum Cina, kadarnya lebih tinggi dengan 70.1 bagi setiap 100,000 orang, bagi orang India, ASRnya 61.7 bagi setiap 100,000 orang dan paling rendah di kalangan kaum Melayu dengan kadar 41.9 bagi setiap 100,000 orang.









Pada 2003, kadarnya 33.9 bagi kaum Melayu, 59.7 bagi kaum Cina dan 55.8 wanita India.





















Seorang wanita di Malaysia mempunyai 1 per 19 kemungkinan menghidap kanser payudara dalam hayat mereka.





















Risiko kumulatif mendapat kanser payudara bagi kaum Cina, kaum India dan kaum Melayu adalah 1 per 14, 1 per 15 dan 1 per 24 masing-masing.





















Lebih daripada separuh daripada wanita yang didiagnosis dengan kanser berumur kurang daripada 50 tahun.





















Bagi bandingan, kanser yang kedua kekerapannya di kalangan wanita Malaysia pada 2002 & 2003 adalah kanser serviks yang menyumbang kepada 12% dan 12.9% masing-masing daripada jumlah kanser wanita.





















Statistik bagi Malaysia telah diperoleh daripada laporan Daftar Kanser Kebangsaan 2002 dan 2003. Dengan peredaran masa, corak kanser termasuk kanser payudara akan lebih nyata. Hanyalah dengan data yang tepat dan boleh diharapkan, keputusan mengenai rancangan serta polisi boleh dibuat untuk negara Malaysia.





















Anggaran oleh Agensi Antarabangsa untuk penyelidikan dalam kanser (Globocan 2000) melaporkan bahawa dalam tahun 2000, terdapat 3825 kes dilaporkan dan 1707 kematian akibat kanser payudara di Malaysia. Globocan 2000 menganggarkan secara kasar kadar kanser payudara di Malaysia sebagai 34.9 per 100,000 orang dengan ASR 41.9 per 100,000 orang.





















Kanser Payudara di Singapura





















Daftar Kanser Singapura juga melaporkan insiden kanser yang lebih rendah di kalangan wanita Melayu berbanding wanita Cina dan India. Singapura mencatatkan peningkatan pada kadar 3.7% setiap tahun bagi insiden kanser payudara dari 1968 ke 1997. insiden yang spesifik mengikut umur menunjukkan kadar tertinggi dalam julat umur 40-49 tahun dan kemudian kadarnya turun. Ini bukan seperti insiden mengikut umur bagi wanita di Amerika yang meningkat dengan cepat sampai umur 50 tahun tetapi kemudian kadarnya perlahan tetapi masih tetap naik tetapi pada kadar yang lebih perlahan.

































Bilangan Kematian Di Kalangan Wanita Akibat Kanser





















Jenis Kanser





















1994









1995









1998





















Payudara





















260









320









339





















Paru-paru





















244









254









272





















Serviks





















165









142









177





















Usus besar





















128









164









149





















Leukemia





















128









142









139





















Perut





















99









105









103





















Hati





















98









102









106





















Ovari





















88









95









102





















Nota: hanya 1/3 daripada semua kematian di Malaysia disahkan













































Punca: Vital Statistics Malaysia

































Kanser Payu dara di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur (1993-2003)





















Dari tahun 1993 ke 2003, terdapat sejumlah 1818 pesakit kanser payudara di Hospital Universiti. Bilangan pesakit kanser payudara meningkat setiap tahun dengan bilangan tertinggi tercatat pada 2003. Ini 6 kali bilangan pesakit kanser payudara pada 1993.













































Kanser payudara lebih biasa di kalangan wanita Cina berbanding wanita Melayu. 2% daripada pesakit ini berumur kurang daripada 30 tahun. Majoriti pesakit kanser dalam lingkungan umur 40-49 tahun apabila mereka mula-mula didiagnosis. Walau bagaimanapun ini bukan spesifik kepada umur tetapi mungkin berlaku akibat kedudukan hospital tersebut dan pelanggan mereka. Mungkin ini disebabkan oleh populasi bandar yang lebih muda atau pihak kampung lebih suka mendapat rawatan tradisi. 30-40% daripada jumlah pesakit telah mula-mula didiagnosis pada tahap lewat dan walaupun wanita hari ini semakin mula didiagnosis dengan tumor yang lebih kecil, pengurangan dalam saiz masih belum cukup nyata.













































Ini adalah kerana kekurangan kesedaran mengenai kanser payudara di kalangan wanita mengakibatkan mereka berjumpa dengan pihak doktor hanya pada tahap lewat. Demi mengesyorkan kadar penyembuhan yang lebih baik, penyakit ini mesti di kenal pasti seawal mungkin.





















Adalah dicadangkan bahawa kanser payudara menghidap pada umur yang lebih muda dan lebih agresif di kalangan orang Asia. Hasil kajian mendapati bahawa kanser payudara di kalangan orang Asia lebih agresif berbanding dengan orang kulit putih. Walau bagaimanapun, penyelidikan yang lebih mendalam diperlu dan akan dijalankan untuk menilai perbezaan antara kedua-dua kumpulan ini (kanser payu dara di kalangan Orang Asia dan Orang kulit putih).





















Kes barah









payudara meningkat di seluruh dunia













































Setiap 3 minit, seorang wanita akan disahkan menghidap penyakit barah payudara di Amerika Syarikat.





















Setiap 11 minit,









seorang wanita meninggal akibat serangan penyakit









barah payudara di Amerika Syarikat.





















Setiap tahun, sebanyak 30,000 wanita dan200 lelaki disahkan menghidap penyakit barah payudara di United Kingdom.


Copyright © 2001-2008, Epromed Services Sdn Bhd

All Rights Reserved

Sudut Puisi.. dari Teman

From: "Anonymous"
















To: "SANGGAR BAYU"









Date: Wednesday, September 17, 2008





















" TERIMA KASIH TEMAN "





















Hadirmu memberi cahaya





















Banyak ilmu telah ku timba





















Meski pun kita tak pernah bersua





















Namun ku kau terima dengan rela

































Hadirmu membuka mindaku





















Semakin cekap meneroka dunia baru





















Kau sabar dan tak mudah jemu





















Dengan telatahku terkadang mengujimu













































Terima kasih teman





















Kau terus memanduku ke hadapan





















Biar terkadang pintaku membosankan





















Namun kau panduku penuh ketenangan





















Memberikan daku semangat perjuangan













































Moga kau terus sudi memberiku ilmu





















Terlalu banyak yang gbelum ku tahu





















Keikhlasanmu kan mendapat restu





















Dari dia yang maha penciptamu

































--- Sender Unknown ---

Monday, November 16

Kertas Seminar Kesedaran Tentang Isu Isu Ketidakupayaan - Bahagian Penuh

Sanggar Bayu menulis..


Tajuk KertasKESEDARAN TENTANG ISU ISU KETIDAKUPAYAAN.


1.0 PENGENALAN

Kertas Pembentangan ini disediakan bertujuan untuk berkongsi ilmu dengan pada peserta seminar berhubung KESEDARAN TENTANG ISU-ISU KETIDAKUPAYAAN bersempena dengan penganjuran SEMINAR KE ARAH KEHIDUPAN SEBENAR.


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput saya untuk membentangkan satu tajuk yang amat sinonim dengan diri saya sendiri khasnya sebagai salah seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dan masyarakat kita, amnya.


Jika kita melihat pada tajuk pembentangan ini, skop untuk disampaikan adalah agak umum, tidak tertumpu kepada ketidakupayaan yang khusus. Maka , di dalam Kertas Pembentangan ini, saya akan cuba membawa Saudara/Saudari ke satu skop yang melihat topik ini dari sudut pandangan peribadi saya, iaitu dalam keadaan sebelum dan selepas saya menjadi OKU. Saya berharap apa yang akan saya sampaikan di dalam Kertas Pembentangan ini sedikit sebanyak memberi informasi kepada kita semua mengenai KESEDARAN TENTANG ISU ISU KETIDAKUPAYAAN. Pembentangan ini juga diharap dapat mencapai objektif penganjuran seminar ini terutama kesedaran masyarakat umum terhadap golongan istimewa dan keperluan mereka agar tidak hanya dilihat dari sudut negatif tetapi bersama-sama berusaha serta berikhtiar memberi sokongan dan bantuan yang amat diperlukan oleh OKU untuk mencapai kesejahteraan dalam kehidupan sebenar.


2.0 FOKUS PEMBENTANGAN


Daripada pengalaman saya seperti di atas, fokus utama untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap OKU ialah:-


i. Isu ketidakupayaan dalam Hubungan Manusia dengan Manusia

ii. Isu Ketidakupayaan dalam Hubungan Manusia dengan Alam Persekitaran


Bagi tujuan pembentangan, skop intipati ceramah akan menyentuh mengenai hubungan manusia dengan manusia atau lebih spesifik hubungan masyarakat normal dengan OKU. Melalui hubungan ini, diharapkan satu tahap kesedaran yang tinggi dapat dicapai agar menepati matlamat Seminar iaitu Ke arah Kehidupan Sebenar ( Real Access in Life).


2.1 AKSES KEPADA PENDIDIKAN


Orang kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan prasekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat.

Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah sentiasa peka bagi membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan keperluan orang dan kanak-kanak kurang upaya dari segi, prasarana, kelengkapan dan bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum dan bentuk sokongan lain yang memenuhi pelbagai keperluan orang atau kanak-kanak kurang upaya.

Kerajaan dan penyedia pendidikan swasta hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk membolehkan orang dan kanak-kanak kurang upaya mempelajari kemahiran hidup dan pembangunan sosial bagi memudahkan penyertaan penuh dan setara mereka dalam pendidikan termasuk yang berikut:


(a) untuk memudahkan pembelajaran Braille, skrip alternatif, kaedah augmentatif dan alternatif, cara dan format komunikasi dan kemahiran orientasi dan mobiliti, dan memudahkan sokongan rakan sebaya dan pementoran; untuk memudahkan pembelajaran Bahasa Isyarat Malaysia dan penggalakan identiti linguistik komuniti orang pekak; dan


(b) untuk memastikan bahawa pendidikan orang dan khususnya kanak-kanak, yang buta, pekak atau pekak-buta disampaikan dalam bahasa, kaedah dan cara komunikasi yang paling sesuai bagi individu, dan dalam persekitaran yang memaksimumkan pembangunan akademik dan sosial.


Sumber rujukan: http://www.parlimen.gov.my/billindex/pdf/DR522007.pdf

(Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2007)


2.2 AKSES KEPADA PEKERJAAN


Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk akses kepada pekerjaan atas asas kesetaraan dengan orang upaya. Majikan hendaklah melindungi hak orang kurang upaya, atas asas kesetaraan dengan orang upaya, untuk mendapatkan suasana kerja yang adil dan baik termasuk peluang sama rata dan saraan sama rata bagi kerja yang sama nilai, suasana kerja yang selamat dan sihat, perlindungan daripada gangguan dan memulihkan ketidakpuasan hati.

Dalam melaksanakan kewajipan sosialnya, majikan hendaklah berusaha untuk menggalakkan pekerjaan yang stabil bagi orang kurang upaya dengan menilai keupayaannya dengan sewajarnya, menyediakan tempat pekerjaan yang sesuai dan menjalankan pengurusan pekerjaan yang sesuai.

Menggalakkan pengambilan orang kurang upaya dalam sektor swasta, merumuskan dasar dan langkah yang sesuai yang boleh termasuk program tindakan afirmatif dan langkah lain.

Menggalakkan peluang bagi latihan kepada orang kurang upaya dalam pasaran buruh dan juga peluang untuk bekerja sendiri, keusahawanan, pembangunan koperasi, memulakan perniagaan sendiri dan mewujudkan peluang bekerja dari rumah.


Sumber rujukan:

http://www.parlimen.gov.my/billindex/pdf/DR522007.pdf

(Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2007)


2.3 AKSES KEPADA KESIHATAN


Orang kurang upaya hendaklah mempunyai hak untuk menikmati kesihatan atas asas kesetaraan dengan orang upaya. Sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan hendaklah mengambil langkah yang sesuai untuk memastikan orang kurang upaya mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan, termasuk rehabilitasi berkaitan kesihatan, yang peka gender.

Kerajaan dan penyedia perkhidmatan jagaan kesihatan swasta hendaklah menyediakan perkhidmatan kesihatan yang perlu kepada orang kurang upaya yang hendaklah termasuk yang berikut:

(a) pencegahan daripada berlakunya ketidakupayaan selanjutnya,imunisasi, pemakanan, perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar dan kaunseling genetik; dan

(b) pengesanan awal ketidakupayaan dan intervensi yang tepat pada masanya untuk mencegah ketidakupayaan dan rawatan bagi rehabilitasi.


Dalam mengambil langkah untuk mencegah berlakunya ketidakupayaan selanjutnya, pihak berwajib hendaklah:-

(a) menjalankan atau menyebabkan supaya dijalankan tinjauan, penyiasatan dan penyelidikan berhubung dengan sebab berlakunya ketidakupayaan; dan

(b) menaja atau menyebabkan supaya ditaja kempen kesedaran dan menyebarkan atau menyebabkan supaya disebarkan maklumat mengenai penyebab ketidakupayaan dan langkah pencegahan untuk diterima pakai dan mengenai kebersihan, kesihatan dan sanitasi umum.


Pengadaan personel kesihatan. Mana-mana sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan jagaan institusi bagi orang kurang upaya hendaklah mengambil khidmat jurupulih pertuturan, jurupulih anggota dan jurupulih kerja, atau mana-mana personel kesihatan sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Menteri setelah mengambil kira kehendak dan keupayaan institusi swasta itu, kekerapan perkhidmatan dan apa-apa faktor lain yang berkaitan.


Sumber rujukan :

http://www.parlimen.gov.my/billindex/pdf/DR522007.pdf

(Rang Undang-Undang Orang Kurang Upaya 2007)


3.0 RUMUSAN


Daripada pengalaman saya terlibat dengan kemalangan di atas, 3 perkara penting yang menjadi kayu ukur dan perlu ada pada masyarakat supaya tahap KESEDARAN adalah tinggi ialah:

(i) Keperihatinan

(ii) Komited pada Kerja

(iii) Masyarakat Penyayang.


Tahukah anda di dalam Masyarakat umum kita hari ini, terdapat 3 Kumpulan Masyarakat yang perlu diberi perhatian dalam apa jua usaha untuk memberi kesedaran tentang isu isu ketidakupayaan. Kumpulan tersebut:-

3.1 Tiada Kesedaran langsung ( No Awareness at all)

Dalam kumpulan ini, masyarakat umum tidak tahu langsung bagaimana untuk menangani isu isu ketidakupayaan masyarakat OKU.


3.2 Kurang tahap kesedaran

Masyarakat dalam kumpulan ini tahu sedikit tentang OKU tetapi tidak ada tindakan untuk menangani atau memberi bantuan tentang isu isu ketidakupayaan OKU.


3.3 Sedar tetapi kurang Usaha & tiada Ilmu tentang ketidakupayaan

Masyarakat dalam kumpulan ini mempunyai tahap kesedaran yang tinggi terhadap OKU, tetapi kurang berusaha untuk menangani isu isu ketidakupayaan OKU dan kalau ada usaha pun, mereka tiada ilmu pengetahuan tentang ketidakupayaan OKU.


Berdasarkan ketiga-tiga penjelasan di atas, satu soalan yang ingin saya tanya pada anda semua, di dalam kumpulan manakah anda berada?


Dengan berteraskan kepada keperihatinan, komitmen terhadap pekerjaan dan menjadi masyarakat penyayang , saya berharap masyarakat umum yang berada dalam kumpulan yang telah saya gariskan akan berusaha serta berikhtiar untuk mencapai satu tahap kesedaran yang tinggi mengenai isu isu ketidakupayaan berpandu kepada 3 isu yang menjadi skop pembentangan saya pada hari ini.



Keinginan saya untuk melihat satu tahap kesedaran yang tinggi dimiliki oleh masyarakat umum tentang isu isu ketidakupayaan akan membantu dan menjamin Oku mencapai cita cita kehidupan yang sebenar.



4.0 CADANGAN



Bagi membolehkan tahap kesedaran ada dalam masyarakat kita hari ini, usaha untuk mempertingkatkan lagi tahap kesedaran perlu ada melalui program-program seperti berikut:-


4.1 Karnival


Karnival diadakan bersama-sama dengan pihak media elektonik untuk mewar-warkan isu-isu berkaitan ketidakupayaan.(Contoh: Jom Heboh TV3)


4.2 Dokumentari


Dokumentari ditayangkan di tempat-tempat awam seperti kompleks beli belah, pawagam dan lain-lain. Di samping itu, pihak Jabatan Penerangan dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) boleh menayangkan dokumentari ke kampung-kampung. Usaha ini dibuat secara berterusan untuk menambahkan kesedaran tentang ketidakupayaan.


4.3 Jerayawara (Roadshow)


Jerayawara (Roadshow) ke sekolah-sekolah diadakan kerana pendidikan mengenai kesedaran ini boleh dipupuk dari alam persekolahan.



5.0 PENUTUP



Hendaklah kita ingat bahawa walau apa jua keadaan seseorang individu itu sama ada OKU atau normal, semuanya mempunyai hak yang saksama untuk berusaha memajukan diri dan mengecapi kejayaan. Maka dengan itu saya amat mengharapkan agar ruang yang lebih luas diberikan kepada OKU dalam setiap sudut pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan lain-lain demi mencapai pembangunan serta peningkatan taraf hidup sebenar golongan OKU.


Akhir kata, saya mengharapkan agar masyarakat umum akan mencapai satu tahap kesedaran yang tinggi berhubung isu-isu ketidakupayaan yang melibatkan OKU di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.


Sekian, terima kasih..


Adzohari Bin Haji Jamil.

3 April 2008

Kertas Seminar Kesedaran Tentang Isu Isu Ketidakupayaan - Pengenalan

Salaam guys, read on and enjoy. Thanks..



Kertas Seminar bertajuk Kesedaran Tentang Isu Isu Ketidakupayaan telah saya bentangkan didalam satu seminar "KEARAH KEHIDUPAN SEBENAR" (Real Access in Life) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak pada 3 - 4 April 2008, bertempat di Merdeka Palace, Kuching Sarawak.


Kertas seminar ini saya bentangkan sesuai dengan tajuknya "Kesedaran Tentang Isu Isu Ketidakupayaan" bagi memberi kesedaran (awareness) kepada masyarakat umum serta mereka mereka yang terlibat baik secara langsung atau tidak dengan OKU. Dengan adanya kesedaran, tidak menafikan hak OKU, dengan mengambil kira hak mereka akses kepada pendidikan, pekerjaan,kesihatan, sukan dan rekreasi, kemudahan awam dan lain lain. Ketidakupayaan seharusnya tidak dijadikan isu untuk OKU tidak mendapat tempat untuk menikmati kehidupan seperti masyarakat normal yang lain.


Ikuti le sepenuhnya Kertas seminar ini yang saya bahagikan kepada 2 bahagian.

1. Biodata dan Sejarah saya

2. Pengenalan, Fokus Pembentangan, Rumusan, Cadangan dan Penutup


---

BIODATA PENCERAMAH


Nama : Adzohari Bin Haji Jamil

Pekerjaan : Eksekutif Pemasaran dan Jualan, Sinar Suci Sdn Bhd

Jawatan : Presiden, Persatuan Orang Cacat Bumiputera Sarawak (POCBUS)

Pendidikan: Diploma Perakaunan (Diploma In Accountancy), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Kecacatan : Penglihatan


1. SEJARAH MENJADI ORANG KURANG UPAYA (OKU)


Sejarah saya menjadi OKU bermula dalam bulan November 1991 ketika saya berusia 27 tahun dan 2 bulan selepas saya melangsungkan perkahwinan. Semasa menjalankan tugas di Betong, Sri Aman pada jam lebih kurang 1 tengah hari, saya beserta pemandu telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan mengakibatkan saya kehilangan daya penglihatan. Dalam kemalangan tersebut, saya telah kehilangan banyak darah dan penglihatan saya menjadi kemerahan. Kami telah terperangkap dalam kereta, dan hanya hampir satu jam, kami dapat dibawa keluar oleh pekerja JKR yang kebetulan lalu di situ dan memberi pertolongan. Terima kasih diucapkan kepada golongan masyarakat yang perihatin atas ketidakupayaan orang lain dan sangat memerlukan pertolongan.



2. PENGALAMAN DI HOSPITAL DAERAH BETONG


Saya dibawa ke Hospital Daerah Betong untuk proses pembersihan dan membetulkan kaki saya yang patah. Yang paling utama pada ketika itu ialah kesedaran petugas perubatan menangani situasi kecemasan seperti ini. Jika dalam keadaan kecemasan ada inisiatif atau ikhtiar pada ketika itu untuk merawat kecederaan pada mata saya dan membuang sisa sisa kaca yang mencederakan mata saya, ada kemungkinan penglihatan saya boleh dipulihkan. Sepanjang saya di sana, saya berdepan dengan pelbagai persoalan birokrasi dan proses menunggu untuk dipindahkan ke Hospital Sri Aman tanpa usaha dan ikhtiar untuk melakukan sesuatu terhadap mata saya.



3. PENGALAMAN DI HOSPITAL SRI AMAN


Memandangkan kekangan dari segi menangani kes kecemasan, kami dirujuk ke Hospital Sri Aman untuk pemeriksaan lanjut. Setibanya di Hospital Sri Aman, semua petugas menjadi sibuk dengan kes kecemasan yang baru saja mereka terima. Namun, sekali lagi seperti di Betong, proses birokrasi menjadi penghalang dalam usaha memulihkan kecederaan mata saya.


Pengalaman ini meyakinkan saya untuk menerima hakikat bahawa saya sememangnya akan menambah populasi golongan yang kurang upaya penglihatan di Sarawak. Pihak Hospital Sri Aman yang tidak berupaya menangani kes seperti kes saya, telah merujuk kes saya ke Hospital Umum Sarawak. Kekangan demi kekangan telah saya hadapi sebelum dan semasa saya dibawa ke Kuching.


Pihak Hospital Sri Aman terpaksa mencari Jururawat (bidan terjun) untuk mengiringi kami ke Kuching. Terima kasih pada golongan yang komited pada kerja, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk melaksanakan obligasi yang memerlukan khidmat mereka.



4. PENGALAMAN DI HOSPITAL UMUM SARAWAK DAN PUSAT PAKAR PERUBATAN NORMAH (NMSC)


Hampir jam 11 malam, van kami tiba di perkarangn letak kereta Hospital Umum Sarawak. Tanpa diduga keluarga saya telah sedia menunggu bersama Ambulan Pusat Perubatan Pakar Normah (NMSC). Rupa rupanya mereka telah merancang untuk membawa kes saya ke NMSC bagi menjalani pembedahan mata saya. Pada masa itu, saya sangat memerlukan bantuan ,sokongan, kasih sayang dan semangat daripada ahli keluarga untuk saya meneruskan kehidupan yang sudah tentu akan lebih mencabar. Kesedaran keluarga mengenai ketidakupayaan adalah penting agar kehidupan mereka tidak dikekangi oleh rasa rendah diri kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa ahli keluarga mereka adalah OKU.


Saya tersedar jam 5 pagi dalam sebuah bilik di NMSC. Entah berapa lama saya telah menjalani pembedahan saya kurang pasti, dan saya ditemani oleh isteri tersayang yang sentiasa berada bersama saya. Saya amat berterima kasih kepada beliau yang pada masa itu berbadan dua dan didatangi masalah yang menimpa diri saya. Hanya ketabahan saja yang diharapkan untuk mengharungi kehidupan yang akan datang. Ketidakupayaan seharusnya tidak menjadi penghalang untuk kita terus dapat mengharungi kehidupan ini dengan sempurna, cekal dan tabah, dalam apa keadaan ketidakupayaan yang kita alami, seharusnya menjadi pembakar semangat untuk kita terus bersaing dan berdiri teguh di dunia yang sementara ini.


2 minggu saya di NMSC, dan setelah menjalani pelbagai ujian, atas kehendak yang maha esa, saya menerima hakikat bahawa penglihatan saya tidak dapat dipulihkan. Saya dibenarkan pulang dan sejak itu bermulalah liku liku hidup saya sebagai OKU penglihatan.



5. KESEDARAN DARI INSIDEN KEMALANGAN


Pengalaman yang saya lalui hanyalah sekadar satu memori dan mungkin boleh kita jadikan iktibar untuk sama sama mencari satu kesedaran bagi menghadapi kehidupan serta bersedia untuk menangani pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi sama ada baik mahupun buruk. Daripada pengalaman di atas, 3 faktor kesedaran yang dapat kita kupas ialah :-


1. Kesedaran masyarakat yang prihatin

2. Kesedaran tentang komitmen pada kerja

3. Kesedaran masyarakat yang penyayang


bersambung..

Tuesday, November 10

Kanser Kolon atau Rectrum..

Innalillahi Wainnalillahi Rajiun. Dari NYA kita datang dan kepada NYA jua kita kembali.



..Aku terima lagi satu berita yang menyedihkan malam tadi. Kali ini merupakan satu berita kematian. Memang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T bahawa mati itu adalah benar. Satu hari bila tiba masanya kita akan merasa mati jua. Bagaimana dan cara apa kita mati adalah ketentuan yang maha esa. Kali ini, aku ingin berkongsi punca kematian disebabkan oleh Kanser Kolon atau Rektum.



Adik rakan sekerja ku yang baru berusia 34 tahun telah menemui jalan penghujungnya didunia ini kerana Kanser Kolon atau Rektum. Setahun Allahyarham telah melalui masa masa suka dan duka, bertarung masa, tenagadan wang ringgit untuk berusaha mencari jalan penyelesaian kepada kanser ini yang dia sendiri tak pernah tahu dimana puncanya. Namun, rawatan demi rawatan telah Allahyarham lalui, moden maupun tradisional, fisikal maupun spiritual, atas kehendak yang maha esa, kematian adalah titik noktah kepada semua usaha itu.


-SB-


*** Sila download artikel penuh Kanser Kolon atau Rektum.doc, (114 KB), yang dipetik dari laman web Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia.

http://www.cancer.org.my/bahasa/docs/E-Kolon%20long%20version%20Malay.doc

Thursday, September 17

Salaam

Assalammualaikum! Salam Sejahtera!



Selamat datang ke laman blog "TO LOVE IS TO SHARE"...


Atas rasa kasih sayang sesama insan , laman blog ini dilahirkan untuk berkongsi pengalaman hidup, suka dan duka atau manis maupun pahit, yang telah membakar semangat, memberi satu sumber inspirasi kepada teman teman untuk menjadi seorang yang berjaya didalam kehidupan masing masing. seperti namanya , "TO LOVE IS TO SHARE".., blog ini adalah perkongsian sesama kita bagi mencapai satu matlamat , menjadikan penglaman hidup ini sebagai satu sumber rujukan bagi menjadikan ianya sebagai teladan atau pun sempadan..

Di atas nama kasih sayang, kita saling memberi dan berkongsi. Setiap peristiwa yang tersurat, pasti mempunyai hikmah yang tersirat.



* Di sini kita meratap dan menangis, mengenang peristiwa silam yang tidak manis.


* Di sini kita ketawa, mengenangkan peristiwa lucu yang indah tak mungkin dilupa.


* Di sini kita bercerita, perihal peristiwa lampau yang mengusik emosi dan jiwa.


* Di sini kita mengimbas, detik-detik ngeri yang cemas.


* Di sini kita saling mengenang, tentang sesuatu nikmat yang telah hilang.


* Di sini kita belajar, simpang-siur kehidupan yang tidak tercabar.


* Di sini kita mencari, erti ujian Allah yang tersembunyi.


* Di sini kita juga mensyukuri, limpahan rahmat Allah yang misteri.


Atas pengalaman ini, marilah sesama kita ingat mengingati dengan berkongsi sambil memberi pandangan serta cadangan yang bernas, dan boleh dijadikan ikhtibar serta peringatan bagi yang belum mengalaminya. Pengalaman tidak boleh dijual-beli. Namun demikian, pengajaran dan ikhtibar yang ditimba dari pembacaan tidak sama effeknya pada pembentukkan peribadi seseorang individu. Hanya mereka yang merasa saja akan tahu apa yang mereka rasa yang kita tidak rasa..



*** Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama, tetapi sekadar berkongsi cerita suka dan duka, manis atau pun pahit, bersama teman teman pengunjungku..



-Sanggar Bayu-
Related Posts with Thumbnails

View this Blog's as well