Salaam guys, read on and enjoy.. thanks.
Assalamualaikum dan salaam sejahtera kepada semua pengungjung blog “to love is to share” , hari ini selasa 29 Mei 2012..
Awal pagi ini, dengan udara yang sungguh nyaman, segar tanpa noda, bersih sebersihnya.. Sedut le dengan syukur kepada nikmat dan rahmat dari NYA jua.. Alhamdulillah. Bergerak le kemana saja, berjalan kaki , tentu akan mengeluarkan keringat jernih di pipi, manik manik yang akan berterusan membasah bumi, tanda usaha kita dan seharusnya memberi isyarat bahawa kita masih sihat walfiat.. Syukur alhamdulillah.
Menaiki kereta sendiri, itu rezeki kita, atas usaha kita, mencari dan terus mencari atas keredhaannya.. Syukur alhamdulillah.
Berkenderaan awam, memudahkan pergerakkan kita kemana saja.. Tanpa halangan tanpa prejudis..bersama-sama dengan masyarakat kota, bandar maupun desa, kita turut menyusuri kesibukan, berasak-asak untuk sama tidak mau ketinggalan di dalam arus pembangunan.. Kita tetap bersyukur, alhamdulillah.
Apa-apa pun seperti kesegaran pagi yang nyaman ini, kita segarkan jua minda dan jiwa kita, agar terus releven dalam arus pembangunan yang memerlukan kehadiran kita, bersama masyarakat yang lain, memajukan negara sekaligus memajukan diri sendiri, keluarga dan agama..
Selamat pagi semua.. Ayuh!
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment..