Ni yang seronok dan dinanti nati kan. sama ada "usaha tangga kejayaan" dapat direalisasikan. Aku dan family, secara langsung turut menanti nanti keputusan yang bakal diperolehi oleh "abang" anak bujang ku. insya allah, harapan tu sangat tinggi, ingin melihat dia berjaya hingga ke menara gading, turut memperolehi keputusan yang cemerlang, cemerlang untuk dirinya, bukan dimata orang lain tetapi khusus untuk keluarga tercinta, terutama ibu tersayang, yang sering mendoakan anak anak supaya berjaya didalam pelajaran dan kehidupan. Aku teringat dan turut bersedih, kerana arwah ayah tidak sempat melihat dan menunggu "kejayaan" cucunya , kerana semasa hayatnya, arwah sering memberi sokongan dan dorongan agar "abang" berjaya, dan turut menjanjikan sesuatu kepada nya.. dengan memperolehi keputusan yang cemerlang. Apa apa pun, jika tidak memperolehi keputusan yang cemerlang sekali pun, aku percaya dan sering beritahu "Abang", dia tetap mempunyai peluang kedua. Dan peluang kedua ini tidak akan ada yang ketiga, so dia hendaklah rebut peluang yang kedua ini dengan sebaik mungkin..
apa apa pun, usaha telah dilaksanakan, baik buruknya, jangan jadikan ianya sebagai titik noktah untuk kita terus mencapai kecemerlangan didalam kehidupan kita..
---
Keputusan SPM, STAM Khamis ini
2010/03/05 KUALA LUMPUR: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2009 akan diumum pada Khamis ini.
Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata, keputusan akan dikeluarkan di sekolah-sekolah mulai jam 10 pagi.
Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing melalui pos yang dihantar Jabatan Pelajaran Negeri, katanya dalam kenyataan, di sini semalam.
Bernama
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment..