ha, satu teka teki telah menarik perhatian saya semasa mendengan satu siaran radio didalam kereta. penyampai station radio tersebut , dengan kelakarnya telah mengutarakan teka teki tersebut yang diterimanya dari pendengar setia station radio itu. haha, kalau kita mendengar sepintas lalu teka teki ini, ianya seolah olah satu perkara ganjil tetapi disebalik itu tersirat maksud kelakar yang turut menguji minda kita. teka teki itu berbunyi seperti berikut, " kenapa kah seoarang pengali kubur, mengali kubur tidak mengunakan spender?" bila soalan ini diutarakan, saya terus ligat berfikir, dan ironinya sudah tentu soalan ini agak ganjil, dan mememerlukan satu jawapan yang turut menguji minda. Seterusnya penyampai itu bertanya lagi, “awak ada tengok ke dia tak pakai spender?” kepada yang mengemukakan teka teki ini..
so jika kengkawan yang menerima soalan teka teki ini, apa kah jawapan yang ingin kengkawan beri?
Saya nak menarik perhatian kengkawan kepada soalan penyampai diatas, “ awak ada tengok ke dia tak pakai spender?” Umumnya, ungkapan seperti “ awak ada tengok ke?” sama seperti “awak ada dengar ke?” lumrahnya, kita sering mendengar ungkapan seperti ini apabila kita dengar gossip gossip, cakap cakap tentang orang lain, sama ada betul ke tidak, dan pada kita yang menerima berita itu, seharusnya kena pertimbangkan supaya kita tidak terlibat didalam gossip gossip yang, akhirnya nanti akan memberi satu implikasi negatif , memberi aib kepada orang lain, menjatuhkan maruah orang, yang belum tentu berita itu betul atau tidak. Macam cerita pengali kubur, “awak ada tengok ke dia tak pakai spender?” “apa pulak hal nya jika dia tak pakai spender? “ so dia nak pakai ke , tak nak pakai ke, itu hal dia le. “Apa kaitannya dengan kerja yang dia buat? “ dan “apa pulak kesannya pada kita jika dia gali kubur tak pakai spender?” rugi ke kita?
Persoalan seperti ni timbul jika kita melihat dari satu sudut didalam kotak pemikiran kita. Jon “think outside the box” . sudah tentu jika kita fikir diluar kotak pemikiran kita, mesti jawapan yang hendak dicari adalah berlainan dari apa yang mungkin kita jangkakan..
*** so jika kengkawan punyai jawapan, sila kemukakan pada ruangan komen posting ini, sama ada betul ke tidak, adalah umum untuk kita tentukan.. key word untuk isu ini ialah "think outside the box!"
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment..