Salaam guys, read on and enjoy.. thanks.
Sekali imbas jika di baca cerita pendek (THIS IS THE END) di bawah, kita mungkin menggangap ianya sebagai satu cerita jenaka.
Anda mungkin pernah menonton cerita siri TV ini, "Lone Ranger", yang pada satu ketika dulu berjaya menarik perhatian ramai. Tidak kira tua ataupun muda semuanya setia duduk di depan TV masing-masing sehingga cerita siri TV ini selesai.
Agaknya semua tertumpu pada TV masing-masing, atas sebab ianya pada ketika itu adalah punca hiburan yang menjadi minat ramai.
TV pun ketika itu baru saja mula memasuki pasaran. Pelbagai jenis TV ada di jual di kedai tokey-tokey cina. Ada berkotak-kotak besarnya dan ada juga yang "bertelanjang" sebagai tanda siapa yang hebat dan mampu memiliki TV.
Kalau di imbas kembali, jika di lihat dari arus pembangunan teknologi elektronik, dari dulu hingga sekarang, mungkin ada yang ingin memiliki TV jenis lama tersebut sebagai barang "antik".
Hebat! sungguh hebat penangan TV ketika itu. Jiran tetangga yang tidak mampu memiliki sekotak TV di rumah akan berkunjung ke rumah jiran mereka yang "mampu". TV "hitam putih" sekalipun tidak menghalang kunjung mengunjung dikalangan jiran tetangga. Silaturahim dikalangan masyarakat terus dipupuk dengan adanya TV ketika itu.
Malam-malam mereka tidak pernah sunyi. Sentiasa meriah sama ada dengan gelak ketawa mereka yang bersama-sama berkongsi kegembiraan atau menanggis berkongsi kesedihan dari cerita "hitam putih" yang ditayangkan di TV.
Mereka yang berkunjung tidak datang tangan kosong sahaja. Ada saja buah tangan yang di bawa sebagai hidangan semasa menonton bersama-sama. Itulah hakikatnya tabiat kerjasama yang telah dipupuk sekian lama dulu, tanpa prasangka tanpa prejudis.
Kini zaman TV "hitam putih" telah lama berlalu, selari dengan arus pembangunan teknologi dan globalisasi dunia, namun kenangan yang menjadi sejarah dan pedoman tidak mudah dilupakan. Kita berpijak pada bumi yang tidak hanya rata, tetapi jua pada hakikat yang nyata.
Arus pembangunan, dunia yang semakin bergerak maju, era globalisasi yang berkehendakkan tindakan serba serbi pantas telah banyak mengubah diri manusia itu sendiri.
Yang positifnya tidak payah kita katakan, sudah tentu ramai yang berlumba-lumba mencari ilmu, mencari kekayaan masing-masing. Seringgit hari ini tentu nilainya lebih kecil dari nilai seringgit 50 tahun dahulu. Masing-masing berusaha bersungguh-sungguh untuk memberi kesenangan kepada keluarga masing-masing. Yang kuat akan terus kuat mengharungi dunia yang mencabar fitrah manusia manakala yang lemah akan terjebak jatuh. Dalam keadaan demikian, akan muncul manusia-manusia yang hipokrit. Iaitu:
`Bersenang atas kesusahan orang lain.
`Bergembira atas kesedihan orang lain.
Contohnya, di pejabat, Apakah anda tidak pernah mengalami situasi ibarat "di tikam dari belakang" atau ibarat "melepaskan anjing yang tersepit"???
Mungkin banyak lagi conto yang boleh diceritakan, tetapi anda fikirlah sendiri dan baca cerita pendek di bawah serta cuba selami maksud yang tersirat disebalik unsur jenaka yang ada pada jalan cerita pendek ini.
Realitinya kita bukan lagi di zaman "Lone Ranger dan Tonto" namun walaupun fantasinya "Lone Ranger dan Tonto" hanya sebuah cerita di TV, tetapi hakikatnya banyak kejadian yang boleh kita jadikan sebagai pedoman hidup agar kita tidak terjebak dalam kehancuran diri sendiri dan akhirnya akan mengakibatkan kekuatan negara turut musnah.
Selamat membaca.....
------
THIS IS THE END
As the Lone Ranger and Tonto were riding along towards the north, they spotted a war party of 50 Apaches coming at them.
They turned south and spotted a war party of 100 braves coming at them.
Then, they turned east and spotted a war party of 150 braves coming at them.
Finally, they turned west and spotted a war party of 200 braves coming at them.
The Lone Ranger turned to his friend and said, "Well, Tonto, this is the end, there's not much we can do."
Tonto looked back at the Lone Ranger, and replied, "What you mean WE, white man?"
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment..