About Me

My photo
Assalamualaikum Warahmatullah! Salam Sejahtera! Selamat Datang! Welcome to the blog “to love is to share”. You are set to connect with knowledge informations, articles, jokes, more and more blogs, etc, so for the meanwhile, do enjoy your visit. And if you have to go, don't forget to come back again. Lets we all, exclusively communicate, share, and discover interest for pleasure, funs and own benefits.. *** Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama, tetapi sekadar ingin berkongsi. Dan apa yang baik yang aku fikirkan, mungkin tidak pulak bagi pengunjungku. Oleh itu, aku mohon maaf dan aku tidak bertanggungjawab atas sebarang salah laku maupun sebarang kesulitan yang timbul akibat mengikuti apa yang aku kongsikan. Terima Kasih.. Sanggar Bayu I Say, What You Know Shapes Where You Go..

Monday, November 16

Kertas Seminar Kesedaran Tentang Isu Isu Ketidakupayaan - Pengenalan

Salaam guys, read on and enjoy. Thanks..



Kertas Seminar bertajuk Kesedaran Tentang Isu Isu Ketidakupayaan telah saya bentangkan didalam satu seminar "KEARAH KEHIDUPAN SEBENAR" (Real Access in Life) anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak pada 3 - 4 April 2008, bertempat di Merdeka Palace, Kuching Sarawak.


Kertas seminar ini saya bentangkan sesuai dengan tajuknya "Kesedaran Tentang Isu Isu Ketidakupayaan" bagi memberi kesedaran (awareness) kepada masyarakat umum serta mereka mereka yang terlibat baik secara langsung atau tidak dengan OKU. Dengan adanya kesedaran, tidak menafikan hak OKU, dengan mengambil kira hak mereka akses kepada pendidikan, pekerjaan,kesihatan, sukan dan rekreasi, kemudahan awam dan lain lain. Ketidakupayaan seharusnya tidak dijadikan isu untuk OKU tidak mendapat tempat untuk menikmati kehidupan seperti masyarakat normal yang lain.


Ikuti le sepenuhnya Kertas seminar ini yang saya bahagikan kepada 2 bahagian.

1. Biodata dan Sejarah saya

2. Pengenalan, Fokus Pembentangan, Rumusan, Cadangan dan Penutup


---

BIODATA PENCERAMAH


Nama : Adzohari Bin Haji Jamil

Pekerjaan : Eksekutif Pemasaran dan Jualan, Sinar Suci Sdn Bhd

Jawatan : Presiden, Persatuan Orang Cacat Bumiputera Sarawak (POCBUS)

Pendidikan: Diploma Perakaunan (Diploma In Accountancy), Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Kecacatan : Penglihatan


1. SEJARAH MENJADI ORANG KURANG UPAYA (OKU)


Sejarah saya menjadi OKU bermula dalam bulan November 1991 ketika saya berusia 27 tahun dan 2 bulan selepas saya melangsungkan perkahwinan. Semasa menjalankan tugas di Betong, Sri Aman pada jam lebih kurang 1 tengah hari, saya beserta pemandu telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan mengakibatkan saya kehilangan daya penglihatan. Dalam kemalangan tersebut, saya telah kehilangan banyak darah dan penglihatan saya menjadi kemerahan. Kami telah terperangkap dalam kereta, dan hanya hampir satu jam, kami dapat dibawa keluar oleh pekerja JKR yang kebetulan lalu di situ dan memberi pertolongan. Terima kasih diucapkan kepada golongan masyarakat yang perihatin atas ketidakupayaan orang lain dan sangat memerlukan pertolongan.



2. PENGALAMAN DI HOSPITAL DAERAH BETONG


Saya dibawa ke Hospital Daerah Betong untuk proses pembersihan dan membetulkan kaki saya yang patah. Yang paling utama pada ketika itu ialah kesedaran petugas perubatan menangani situasi kecemasan seperti ini. Jika dalam keadaan kecemasan ada inisiatif atau ikhtiar pada ketika itu untuk merawat kecederaan pada mata saya dan membuang sisa sisa kaca yang mencederakan mata saya, ada kemungkinan penglihatan saya boleh dipulihkan. Sepanjang saya di sana, saya berdepan dengan pelbagai persoalan birokrasi dan proses menunggu untuk dipindahkan ke Hospital Sri Aman tanpa usaha dan ikhtiar untuk melakukan sesuatu terhadap mata saya.



3. PENGALAMAN DI HOSPITAL SRI AMAN


Memandangkan kekangan dari segi menangani kes kecemasan, kami dirujuk ke Hospital Sri Aman untuk pemeriksaan lanjut. Setibanya di Hospital Sri Aman, semua petugas menjadi sibuk dengan kes kecemasan yang baru saja mereka terima. Namun, sekali lagi seperti di Betong, proses birokrasi menjadi penghalang dalam usaha memulihkan kecederaan mata saya.


Pengalaman ini meyakinkan saya untuk menerima hakikat bahawa saya sememangnya akan menambah populasi golongan yang kurang upaya penglihatan di Sarawak. Pihak Hospital Sri Aman yang tidak berupaya menangani kes seperti kes saya, telah merujuk kes saya ke Hospital Umum Sarawak. Kekangan demi kekangan telah saya hadapi sebelum dan semasa saya dibawa ke Kuching.


Pihak Hospital Sri Aman terpaksa mencari Jururawat (bidan terjun) untuk mengiringi kami ke Kuching. Terima kasih pada golongan yang komited pada kerja, sanggup berkorban masa dan tenaga untuk melaksanakan obligasi yang memerlukan khidmat mereka.



4. PENGALAMAN DI HOSPITAL UMUM SARAWAK DAN PUSAT PAKAR PERUBATAN NORMAH (NMSC)


Hampir jam 11 malam, van kami tiba di perkarangn letak kereta Hospital Umum Sarawak. Tanpa diduga keluarga saya telah sedia menunggu bersama Ambulan Pusat Perubatan Pakar Normah (NMSC). Rupa rupanya mereka telah merancang untuk membawa kes saya ke NMSC bagi menjalani pembedahan mata saya. Pada masa itu, saya sangat memerlukan bantuan ,sokongan, kasih sayang dan semangat daripada ahli keluarga untuk saya meneruskan kehidupan yang sudah tentu akan lebih mencabar. Kesedaran keluarga mengenai ketidakupayaan adalah penting agar kehidupan mereka tidak dikekangi oleh rasa rendah diri kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa ahli keluarga mereka adalah OKU.


Saya tersedar jam 5 pagi dalam sebuah bilik di NMSC. Entah berapa lama saya telah menjalani pembedahan saya kurang pasti, dan saya ditemani oleh isteri tersayang yang sentiasa berada bersama saya. Saya amat berterima kasih kepada beliau yang pada masa itu berbadan dua dan didatangi masalah yang menimpa diri saya. Hanya ketabahan saja yang diharapkan untuk mengharungi kehidupan yang akan datang. Ketidakupayaan seharusnya tidak menjadi penghalang untuk kita terus dapat mengharungi kehidupan ini dengan sempurna, cekal dan tabah, dalam apa keadaan ketidakupayaan yang kita alami, seharusnya menjadi pembakar semangat untuk kita terus bersaing dan berdiri teguh di dunia yang sementara ini.


2 minggu saya di NMSC, dan setelah menjalani pelbagai ujian, atas kehendak yang maha esa, saya menerima hakikat bahawa penglihatan saya tidak dapat dipulihkan. Saya dibenarkan pulang dan sejak itu bermulalah liku liku hidup saya sebagai OKU penglihatan.



5. KESEDARAN DARI INSIDEN KEMALANGAN


Pengalaman yang saya lalui hanyalah sekadar satu memori dan mungkin boleh kita jadikan iktibar untuk sama sama mencari satu kesedaran bagi menghadapi kehidupan serta bersedia untuk menangani pelbagai kemungkinan yang bakal dihadapi sama ada baik mahupun buruk. Daripada pengalaman di atas, 3 faktor kesedaran yang dapat kita kupas ialah :-


1. Kesedaran masyarakat yang prihatin

2. Kesedaran tentang komitmen pada kerja

3. Kesedaran masyarakat yang penyayang


bersambung..

1 comment:

  1. Pengalaman anda saddis sekali. berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Syabas, anda bukan saja redho dengan ketentuan taddir, anda juga berupaya suntikan motivasi kepada orang lain berdasarkan pengalaman sendiri. inilah yang dikatakan nasib buah kopi, diproses hingga menjadi serbuk. lalu serbuk kopi mesti dilarutkan di dalam air mendidih untuk menjadi minuman kesegaran manusia. begitulah nasib buah kopi yang sentiasa menderita untuk kebahagiaan orang.

    ReplyDelete

Thanks for your comment..

Related Posts with Thumbnails

View this Blog's as well