Innalillahi Wainnalillahi Rajiun. Dari NYA kita datang dan kepada NYA jua kita kembali.
..Aku terima lagi satu berita yang menyedihkan malam tadi. Kali ini merupakan satu berita kematian. Memang telah dijanjikan oleh Allah S.W.T bahawa mati itu adalah benar. Satu hari bila tiba masanya kita akan merasa mati jua. Bagaimana dan cara apa kita mati adalah ketentuan yang maha esa. Kali ini, aku ingin berkongsi punca kematian disebabkan oleh Kanser Kolon atau Rektum.
Adik rakan sekerja ku yang baru berusia 34 tahun telah menemui jalan penghujungnya didunia ini kerana Kanser Kolon atau Rektum. Setahun Allahyarham telah melalui masa masa suka dan duka, bertarung masa, tenagadan wang ringgit untuk berusaha mencari jalan penyelesaian kepada kanser ini yang dia sendiri tak pernah tahu dimana puncanya. Namun, rawatan demi rawatan telah Allahyarham lalui, moden maupun tradisional, fisikal maupun spiritual, atas kehendak yang maha esa, kematian adalah titik noktah kepada semua usaha itu.
-SB-
*** Sila download artikel penuh Kanser Kolon atau Rektum.doc, (114 KB), yang dipetik dari laman web Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia.
http://www.cancer.org.my/bahasa/docs/E-Kolon%20long%20version%20Malay.doc
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment..