Salaam guys, read on and enjoy.. Thanks.
Anak ku sudah dewasa rupanya..
Semalam, Ahad 23 Mei, selera makan tengah hari ku terangkat sekali. Apa tidaknya, menu hidangan tengah hari kami sekeluarga telah di "taja" sepenuhnya oleh anak gadis ku, Alya.. yang berumur 14 tahun, hmmm, hehehehe sudah dewasa rupanya dia. Alya telah menjadikan dapur ibunya, milik dia sepenuhnya tengah hari tu.
Rupa rupanya, pada Jumaat lepas, dia dan rakan sekelasnya telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan kerja-kerja amali untuk subjek Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dibawah topik "Perniagaan dan Keusahawanan" di sekolahnya. Kumpulan mereka telah memilih untuk menjadikan masakan sebagai kerja amali untuk subjek tersebut. Maka masing-masing telah menyediakan menu-menu untuk dihidangkan sebagai "one step ahead" bahawa bidang masakan "perniagaan berasaskan makanan" adalah satu bidang keusahawanan yang menguntungkan. So, pada petangnya ketika didalam kereta setelah menujemput aku dari pejabat, Alya dengan petahnya menyakinkan kami bahawa dia akan memasak untuk kami sebagai makan tengah hari kami pada hari Ahad, 23 Mei 2010.
Maka keesokannya bermula le sessi dia dan ibunya membeli bahan-bahan bagi melengkapkan menu yang hendak disajikan sebagai makan tengah hari kami. Alhamdulillah, semalam, bagi aku tercipta le satu sejarah keluarga kami bahawa anak gadis ku ini telah menunaikan tanggungjawabnya sebagai seoarang anak gadis yang dewasa, memberi kesempatan kepada aku dan ibunya serta abang dan adiknya merasa masakan dari "air tangan" nya, dan hmmm hehehehe, bagi aku sungguh enak sekali, sungguh!.
Anak ku sudah dewasa rupanya..
Aku akui, memang selera ku terangkat sekali setelah menikmati hidangan makan tengah hari yang disediakan oleh Alya. seperti ibunya juga, aku pasti selepas ini, tentu keluarga kami tidak akan kekurangan "chef" untuk menyelerakan kami, sama ada hidangan untuk makan tengah hari atau makan malam kami sekeluarga..
Dalam diam, dia telah mewarisi kehebatan ibunya, dengan tidak sia-sia ketika membantu ibunya di-dapur walaupun cuma sekadar memotong sayur-sayuran, mencuci daging ayam, mengopek kulit udang , Alya telah mencuri pandang "skill" untuk meneruskan tradisi ibunya...
hahahaha, aku gembira!!!!
Top 5 Sublimation Software for Stunning Designs: 2024 Edition
-
Looking for the best sublimation software to bring your designs to life?
Whether you’re a professional or a hobbyist, finding the right tool is
crucial. ...
8 months ago
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment..