About Me

My photo
Assalamualaikum Warahmatullah! Salam Sejahtera! Selamat Datang! Welcome to the blog “to love is to share”. You are set to connect with knowledge informations, articles, jokes, more and more blogs, etc, so for the meanwhile, do enjoy your visit. And if you have to go, don't forget to come back again. Lets we all, exclusively communicate, share, and discover interest for pleasure, funs and own benefits.. *** Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama, tetapi sekadar ingin berkongsi. Dan apa yang baik yang aku fikirkan, mungkin tidak pulak bagi pengunjungku. Oleh itu, aku mohon maaf dan aku tidak bertanggungjawab atas sebarang salah laku maupun sebarang kesulitan yang timbul akibat mengikuti apa yang aku kongsikan. Terima Kasih.. Sanggar Bayu I Say, What You Know Shapes Where You Go..

Thursday, May 20

Cakera dan Aku

Salaam guys, read on and enjoy.. thanks.

sekadar ingin berkongsi, hmmm, aku ke kuala lumpur jumaat lepas; 14 mei 2010. Aku dan 11 lagi rakan seperjuangan aku telah menaiki pesawat Air Asia dengan penerbangan Ak5201 dari Kuching ke LCCT Kuala Lumpur. Kami tiba kira kira jam 11.15 pagi. Sehingga jam 12.15 tengah hari baru le kami menaiki bus Majlis Sukan Negara, setelah menunggu rakan rakan dari Sabah yang turut ke Kuala Lumpur, to be exact Bukit Jalil untuk tujuan yang sama iaitu Kejohanan Olahraga Terbuka MSN 2010.

Aku telah berkecimpung didalam Sukan Paralimpiad sejak tahun 1996 sehingga kini. Dari acara sepert merejam lembing, melontar peluru hingga ke melempar cakera, adalah acara yang aku ambil sejak itu. Kebelakangan ini, aku cuma memberi tumpuan didalam acara melempar cakera (discuss), yang mampu memberi aku tempat didalam kontingen negara. Aku beryakinan bahawa aku akan dapat mencapai target yang aku sendiri letakkan, bagi satu tiket untuk menempatkan diri aku bersama kontingen negara, ke kejohanan kejohanan yang prestige.


So kami berkampung di Bukit Jalil selama 3 hari, bersama rakan rakan dari seluruh negara, dari Sabah hingga ke Perlis. Semasa sessi taklimat mengalu-alukan kehadiran semua athlit , kami turut diberitahu bahawa satu pasukan dari negara China turut dijemput ke kejohanan ini. Namun tidak ada athlit dari pasukan Kwantung Province ini sama kategori dengan aku, iaitu F11 (istilah untuk sukan ini,F untuk Field iaitu acara padang dan 11 adalah untuk kategori Blind penuh) . Actually kejohanan ini adalah persiapan pihak MSN untuk menilai athlit-athlit yang terlibat didalam program Elit, sama ada sepenuh masa atau separuh masa.. bagi menghadapi kejohanan besar seperti Sukan Asia di Quanzhau China, Disember 2010, Sukan Para-Asean, Jakarta 2011 atau malah lebih besar lagi di London untuk Sukan Paralimpik 2012..


Seperti rakan rakan athlit yang lain, aku turut menyimpan cita cita untuk sampai ke peringkat Sukan Paralimpik, bukan sekadar turut berpeluang menyertai sukan yang terbesar ini tetapi turut ingin memenangi pingat untuk negara. Aku terus melakar target untuk aku capai, dan ternyata latihan demi latihan yang aku ikuti bersama jurulatih dan sparing partner aku, membuahkan hasil, walaupun sedikit tetapi aku cukup berpuashati kerana peningkatan telah mula nampak semasa Kejohanan Terbuka Olahraga MSN ini.. Peluang seterusnya untuk aku menempatkan diri aku bersama kontingen negara ialah di Kejohanan Paralimpiad Kebangsaan, yang dijadualkan pada 20-26 November 2010 di Melaka.


So didalam tempoh 6 bulan dari sekarang, aku menanam satu tekad untuk terus menunjukkan peningkatan prestasi lemparan cakera aku ke satu target yang cemerlang, dan akan membawa aku ke sana.. kejohanan yang semua impikan..

Tungguuuu!

1 comment:

  1. Tahniah bro. teruskan usaha gigihmu. bawa pulang satu pingat untuk kami, untuk seluruh rakyat Malaysia.

    Kami menanti ..

    ReplyDelete

Thanks for your comment..

Related Posts with Thumbnails

View this Blog's as well