About Me

My photo
Assalamualaikum Warahmatullah! Salam Sejahtera! Selamat Datang! Welcome to the blog “to love is to share”. You are set to connect with knowledge informations, articles, jokes, more and more blogs, etc, so for the meanwhile, do enjoy your visit. And if you have to go, don't forget to come back again. Lets we all, exclusively communicate, share, and discover interest for pleasure, funs and own benefits.. *** Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama, tetapi sekadar ingin berkongsi. Dan apa yang baik yang aku fikirkan, mungkin tidak pulak bagi pengunjungku. Oleh itu, aku mohon maaf dan aku tidak bertanggungjawab atas sebarang salah laku maupun sebarang kesulitan yang timbul akibat mengikuti apa yang aku kongsikan. Terima Kasih.. Sanggar Bayu I Say, What You Know Shapes Where You Go..

Friday, September 10

Surat Seorang Ibu - Menjelang Aidil Fitri

Salaam guys, read on and enjoy.. thanks.











.. Terusik dengan tontonan video pendek "surat seorang ibu", maka dengan izin saya mohon menterjemahkan didalam perkataan suara isi hati seorang ibu terhadap anak anaknya, anak anak yang terlalu sibuk membantu masyarakat tetapi tiada masa untuk membantu kehidupan seorang ibu yang sunyi..


Menjelang Adil Fitri..

Seorang Ibu terus menanti kepulangan anak anaknya.. entah Adil Fitri kali ini berubah atau sama seperti tahun tahun sebelumnya..


SURAT SEORANG IBU..



Untuk anak anak yang Emak sangat rindukan..



Masa berlalu sangat cepat sekali. Emak teringat sangat kerenah Adik,suka sangat main doktor doktor. Adik minat sangat nak jadi doktor.

Hmmm hehehe, sampai corong air Emak dibuat main doktor doktor.



Adik minat sangat nak jadi doktor. Tetapi selalunya Emak lah yang jadi doktor Adik. Doktor yang ada bila bila masa yang diperlukan



dialog:
".. tak pa masa bila bila Adik sakit, Emak yang jadi doktor adik, boleh?"


"Nanti Adik nak belajar rajin rajin."

"Bila besar nanti, Adik nak jadi doktor."

" Kalau Emak sakit, bila bila masa je Adik boleh ubat Emak."



Kadangkala Emak bertanya, "adakah nanti anak anak boleh lakukan perkara yang sama kepada Emak"

Emak minta maaf sekiranya Emak terlalu mendesak Adik dan Along untuk belajar bersungguh sunguh. Adik rajin, Along pula hmm hehehe, selalu merungut.


Satu hari tu, Along merungut lukisan Along tak cantik. Dan Emak cuba tolong Along.


Walaupun Along cakap lukisan Along tak cantik, pada Emak itu le lukisan yang paling cantik yang pernah Emak lihat.


"Along nak jadi Photographer." Along kata, "nak ambil gambar kita keluarga selalu."



Sekarang Along dah jadi Photographer yang berjaya. Tapi, kita masih belum ambil gambar sekeluarga. Sementara itu, lukisan Along tu Emak gantung dalam bilik Emak. Itu le satu satu gambar keluarga kita yang Emak ada.

dialog:
"Hello Emak, Along busy ni.. nanti Along call balik. Bye"



Masa berlalu sangat cepat. Along dan Adik dah pun berjaya. Cuma kadangkala bukan Emak tak tahu Adik dan Along sibuk. Cuma Emak ni, sunyi sangat.


Orang ada cakap, Emak gila. Tunggu anak anak setiap hari. Kerana pada Emak, itu le hiburan Emak.


Selalu juga emak mendial separuh jalan. takut sangat menggangu Adik dan Along. Emak tahu, anak anak Emak sibuk.



Tapi satu hari tu , Emak memang terdesak. Sakit Emak semakin teruk. Ada Emak telefon anak anak, tapi seperti biasa semuanya sibuk.


dialog:
"Hai Emak, Emak apa khabar" "Emak sihat, cuma ...."

"Emak, nanti adik telefon balik, ada patient tunggu lah"



Bila mana Emak rasa penghujung Emak dah tiba. Emak cuba nak cakap emak sangat rindu Adik dan Along.


"Jika berdosa Emak membesarkan kamu berdua, Emak pohon Adik dan Along , ampun kan lah Emak.."

No comments:

Related Posts with Thumbnails

View this Blog's as well