About Me

My photo
Assalamualaikum Warahmatullah! Salam Sejahtera! Selamat Datang! Welcome to the blog “to love is to share”. You are set to connect with knowledge informations, articles, jokes, more and more blogs, etc, so for the meanwhile, do enjoy your visit. And if you have to go, don't forget to come back again. Lets we all, exclusively communicate, share, and discover interest for pleasure, funs and own benefits.. *** Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama, tetapi sekadar ingin berkongsi. Dan apa yang baik yang aku fikirkan, mungkin tidak pulak bagi pengunjungku. Oleh itu, aku mohon maaf dan aku tidak bertanggungjawab atas sebarang salah laku maupun sebarang kesulitan yang timbul akibat mengikuti apa yang aku kongsikan. Terima Kasih.. Sanggar Bayu I Say, What You Know Shapes Where You Go..

Friday, September 10

Salam Adil Fitri

Assalamualaikum! Salaam Sejahtera!

1 Syawal 1431 Hijrah bersamaan 10 September 2010..


YA ALLAH YA TUHANKU
PERSIAPKAN LAH AKU
MENGENAI SEGALA URUSAN KU
DENGAN PERTUNJUK MU..AMIN.




Allahhu Akhbar, Allahhu Akhbar, Allahhu Akhbar
La illah ha ilallah Allahhu Akhbar
Allahhu Akhbar Wa lillah ilhammm..


Alhamdulillah, sempat lagi bertemu dengan syawal 1431 Hijrah.. walaupun Syawal kali ini tanpa Ayah disisi, mencium tangan Ayah untuk memohon kemaafan dan keredhaannya. Arwah Ayah telah terlebih dulu dijemput pulang pada 28 Zulhijah 1430 Hijrah bersamaan 16 Disember 2009..




YA ALLAH YA TUHANKU, AMPUNILAH SEGALA DOSA KESALAHAN ARWAH AYAHKU, SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT, DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN MEREKA YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLIH SERTA AHLI SYURGA. AMIN..





Walau apa apa pun, saya ingin menyampaikan salam Adil Fitri, serta memohon ampun dan maaf kepada semua pengunjung blog "to love is to share" jika semasa mengendalikan blog ini, sama ada sengaja maupun tidak, terdapat tutur kata @ tulisan saya yang telah menyinggung perasan atau menguris hati kalian. Dan juga kepada kawan kawan, maaf zahir batin saya pohon, minta halalkan apa yang termakan maupun terminum semasa kita bersama..

Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya adil fitri kepada semua, maaf zahir dan batin. Pesan saya berhati hati le dijalan raya, sama ada menjadi pemandu, penumpang maupun pejalan kaki. Utamakan le keselamatan kalian semasa balik berhari raya dikampung atau pergi menziarahi sanak saudara, kawan kawan maupun ke mana mana rumah terbuka pemimpin pemimpin negara kita.

Tetapi ingat, didalam kita bergembira, jangan lupa pula pada yang berduka.. Disamping fikir fikirkan le juga tantang kesihatan kita agar tidak terlalu mengikut perasaan ketika menjamu selera dan yang paling penting jangan membazzir..



---
JIKA HATI SEJERNIH AIR,
JANGAN BIARKAN Ia KERUH..

JIKA HATI SEPUTIH AWAN,
JANGAN BIARKAN Ia MENDUNG..

JIKA HATI SEINDAH BULAN,
HIASI Ia DENGAN IMAN..

SELAMAT HARI RAYA ADIL FITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN..

-SRS@VM- Have a wonderful day & thank you.

No comments:

Post a Comment

Thanks for your comment..

Related Posts with Thumbnails

View this Blog's as well