Salaam guys, read on and enjoy.. thanks.
---
"WHATEVER YOU DO, OUT OF THIS TUTORIAL, IT IS ALWAYS AT YOUR OWN RISK..."
Siri 2: "Modifying UDA-Pre Hacked File"
Salaam dan selamat sejahtera kepada rakan rakan Warga TSC semua.. Semoga kalian akan terus ceria dan sihat hendaknya, disamping keluarga dan sahabat handai. Apa plan hujung mingggu ni? Jika nak kemana mana tu, pastikan pintu rumah siap terkunci, jika berkereta, pastikan didalam keadaan yang baik.. Ingat! didalam kita bergembira, jangan lupa pada yang berduka. namun keselamatan diri dan keluarga harus le diutamakan.
Dah cuba dapatkan firmware melalui Navifirm? Cukup mudah kan? Atau ada ke yang masih tak faham? Jika ya, tak nak tanya soalan ke? Apa apa pun, kita hanya selangkah lagi nak ke Tutorial untuk melakukan proses "Hacking" melalui Tool bernama "Phoenix"
Tetapi sebelum tu, hari ini kita belajar pula bagaimana nak modify UDA file, satu Pre Hacked File yang diperlukan untuk proses "Flashing" phone yang hendak kita hack. Didalam firmware yang telah siap kita download sama ada melalui,
BLUE-NOKIA
atau Navifirm..
Namun, untuk tengok UDA file ini, kita perlu lah install firmware phone kita terlebih dulu. Saya ambil contoh untuk E72, RM-530 031.023, maka UDA file tersebut adalah seperti berikut: " rm530_031.023_U000.000_prd.uda.fpsx "
Namun, jika kita teliti didalam folder RM-530, yang terdapat di C:\ Program Files\ Common Files\ Nokia\ Data Package\ Products , akan terdapat beberapa UDA files didalamnya.
Dan untuk mencari UDA file yang tepat untuk kita modify, kita perlu lihat sewaktu kita melakukan "Flashing" firmware update dengan "Phoenix" . ( Bagaimana caranya, saya akan tunjukkan didalam Siri Terakhir nanti)
Jom! untuk siri ini mari kita belajar untuk modify UDA file terlebih dulu. Sila ikut langkah langkah berikut dan simpan tools yang akan kita gunakan untuk proses ini.. Sila ambil tools berikut:
#1- Nokia-Cooker_1.1. Extract dan terdapat beberapa folder didalamnya, termasuk folder Files, Images, Plugins, TestPlugins, NokiaCooker.exe, NokiaCooker.exe.config, ReadMe.txt dan XPTable.dll.. Buka folder "Files" dan pastikan ianya kosong sebelum memulakan proses modifying.
NOKIA-COOKER
#2- rompatcherplus_2.6. Extract dan terdapat beberapa folder didalamnya, termasuk folder For Advanced Users, For Cookers, For Patch-Makers, LiteVersion, History.txt, ReadMe.txt dan RomPatcherPlus_2.6.sis..
ROM-PATCHER-PLUS
*** Buat satu temp folder, dan masukkan dua folder diatas didalamnya. Kemudian buat satu folder baru untuk simpan "UDA" PreHacked file..
Cara Caranya--
#1- Masuk folder "Nokia-Cooker_1.1"dan run "NokiaCooker.exe", tunggu seketika dan kemudian masuk file menu dan pilih open.
#2- Brows dan cari file UDA yang telah kita simpan (dalam temporary folder) terlebih dulu dari folder RM -(RM phone kita) DI "C:\ Program Files\ Common Files\ Nokia\ Data Package\ Products\ RM-530 (Contoh untuk E72)"
dah jumpa , select file UDA tersebut. *** Jangan tutup window Nokia-Cooker ini..
#3- Masuk folder "rompatcherplus_2.6", buka folder "For Cookers" dan copy semua file didalamnya.
#4- Kemudian masuk semula ke folder "Nokia-Cooker_1.1", masuk folder "Files", dan paste files dari Step #3 ke dalamnya. Jawab replace all untuk proses tersebut.
#5- Pergi ke window "Nokia-Cooker" semula , masuk file menu dan pilih save.. Selesai dan exit dari window ini dan anda sudah berjaya Modified UDA-PreHacked file.
*** Ingat! didalam folder simpanan UDA file anda, selepas proses Cooking, akan terdapat dua files didalamnya. Satu akan ada "bla bla bla _prd.uda_BACKUP_.fpsx" dan satu lagi tidak..
So hanya file yang tiada perkataan "_BACKUP_" yang kita perlu . Untuk tidak mengelirukan, anda boleh lah delete file tersebut yang ada perkataan "_BACKUP_"...
*** Nota: buat sementara waktu , untuk tujuan testing , pilih lah mana mana satu UDA file phone anda...
(dan jika anda tidak boleh ambil 2 file dari link diatas, sila email kepada saya untuk mendapatkannya...)
Selamat berjuang, dan selamat hari kanak kanak sedunia! Bila tu?
"to love is to share"
Top 5 Sublimation Software for Stunning Designs: 2024 Edition
-
Looking for the best sublimation software to bring your designs to life?
Whether you’re a professional or a hobbyist, finding the right tool is
crucial. ...
8 months ago
No comments:
Post a Comment
Thanks for your comment..